Tips Kesihatan untuk Persediaan Bakal Jemaah Haji atau Umrah



Musim haji telah tiba! Segala persiapan telah disediakan dari segi fizikal, mental,' rohani dan jasmani. Berikut adalah tips asas penjagaan kesihatan untuk bakal haji dan umrah :

TIPS RINGKAS UNTUK KESIHATAN BAKAL JEMAAH HAJI DAN UMRAH

  1. Pemeriksaan kesihatan : Beberapa minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci, dapatkan pemeriksaan kesihatan dari doktor anda. 
  2. Vaksinasi : Pastikan anda telah mendapat vaksin yang disyaratkan sebelum meninggalkan negara seperti vaksin Meningitis. Beberapa vaksin lain boleh diambil sekiranya perlu contohnya untuk masalah polio, hepatitis dan tetanus.
  3. Bekalan ubat, supplemen dan vitamin : Sekiranya anda sedang mengambil ubat atau rawatan tertentu, pastikan bekalan ubat tersebut mencukupi untuk sepanjang tempoh di Tanah Suci. Selain itu disarankan juga supaya bekalan suplemen dan vitamin yang sesuai dibawa bersama bagi membantu penjagaan kesihatkan, meningkatkan imuniti dan tenaga berkekalan semasa sibuk beribadah kelak.
  4. Minum air secukupnya : Ketika cuaca panas dan sejuk serta pertambahan aktiviti yang dilakukan seharian akan menyebabkan tubuh anda mudah terhidrat. Minum lebih banyak air dari biasa. Elakkan minum air sejuk dan lebihkan air kosong berbanding air berperasa.
  5. Makanan yang bersih dan selamat : Adalah menjadi keperluan untuk anda memilih makanan yang bersih dan selamat. Jangan makan berlebihan, ambil makanan yang tidak mengganggu penghadaman serta disediakan dengan cara yang bersih. Pencemaran makanan sangat mudah berlaku disebabkan persekitaran yang terdedah dengan manusia yang datang dari seluruh pelusuk dunia.
  6. Pakaian yang sesuai : Pakaian yang sesuai untuk cuaca panas dan sejuk juga adalah penting bagi mengelakkan kesihatan anda terganggu
  7. Jaga kebersihan : Di sepanjang tempoh anda menjadi tetamu Allah, penjagaan kebersihan perlu dititik beratkan. Ia bukan sahaja tuntutan agama malahan penting bagi mengurangkan risiko terdedah kepada jangkitan penyakit dan masalah kesihatan lain
  8. Elakkan terdedah kepada cuaca panas : Seperti anda sedia maklum, cuaca di Tanah Suci adalah lebih panas di waktu siang berbanding di Malaysia. Elakkan diri dari terdedah kepada cuaca panas secara berterusan dalam jangkamasa panjang. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, demam, sakit tekak, batuk dan sebagainya
  9. Rehat dan tidur secukupnya : Walaupun anda akan sibuk melaksanakan rukun haji/ umrah dan berlumba-lumba mengambil peluang beribadah, cuba rehat dan tidur secukupnya apabila berpeluang. Rehat dan tidur yang tidak cukup akan menjejaskan kesihatan sekaligus boleh mengganggu kelancaran perjalanan ibadah kelak.
  10. Rawatan kesihatan : Apabila anda mendapati sesuatu yang tidak kena pada kesihatan anda, dapatkan rawatan kesihatan serta-merta tanpa berlengah. Masalah yang kecil bagi anda mungkin hanyalah tanda kewujudan masalah kesihatan yang lebih besar. Jangan sesekali mengambil mudah dengan masalah-masalah kesihatan 'kecil'.

CADANGAN VITAMIN/ SUPLEMEN YANG SESUAI UNTUK BAKAL JEMAAH HAJI DAN UMRAH


  1. VitaLea Iron Formula : Multivitamin dengan formula iron yang mengandungi 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan oleh tubuh. Dapat membantu mengisi 'vitamin gap' yang dihadapi oleh jemaah haji disebabkan pemakanan yang tidak seimbang
  2. Sustained Release Vita -C/ Chewable Vita-C : Antioksida larut air yang membantu meningkatkan sistem imuniti badan para jemaah yang terdedah terhadap pelbagai risiko kesihatan di sebabkan perubahan cuaca, persekitaran dan rebakan penyakit di kalangan jutaan manusia
  3. B-Complex : Membantu metabolisme makanan kepada tenaga serta mengurangkan stress. Keletihan dan stress mudah terjadi di kalangan bakal jemaah disebabkan penggunaan tenaga dalam pergerakan yang banyak dan suasana persekitaran yang baru
  4. Performance Drink : Membantu masalah kekurangan dan kehilangan air dalam badan. Memberi tenaga segera samada sebelum, semasa atau selepas melaksanakan aktiviti di Tanah Suci kelak.
  5. Nutriferon : Menggalakkan penghasilan inteferon secara semulajadi bagi meningkatkan sistem imun badan bagi melawan ancaman flu, pathogen seperti virus dan bakteria
  6. OsteMatrix : Kalsium dan Magnesium membantu kesihatan otot dan saraf. Pergerakan yang banyak boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan pada kaki, tangan dan dsb.
  7. Advanced Joint Health Tablet : Membantu kesihatan tulang dan sendi. Sangat sesuai diamalkan bagi bakal jemaah yang mengalami sakit sendi seperti lutut, pinggang, tengkuk, bahu dsb.
  8. CoQ Health Plus : Membantu penghasilan tenaga bagi kesihatan jantung serta membantu peredaran darah yang lancar ke seluruh badan

Jangan lupa dapatkan bekalan makanan tambahan untuk membantu tubuh lebih cergas, sihat dan bertenaga sepanjang menunaikan rukun Islam ke-5 ini....

Hubungi saya untuk maklumat lanjut :

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone 
bigsmilezone@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...