Tiba-tiba ada seseorang beri kata-kata ni. Jika ada rasa penat dan nak berputus asa, cuba praktikkan. Selamat Mencuba!
Suami Puji Isteri Selepas Bersalin!
Malam ni dapat teks WhatsApp dari adik sorang ni. Baru lepas bersalin anak kedua. Alhamdulillah, berita gembira bila dapat kebaikan Energising Soy Protein (ESP) setelah amalkan secara konsisten. Lebih menggembirkaan bila suami puji dengan perubahan. Isteri sihat dan cantik untuk suami jugakan? Jom layan..
Pengalaman berpantang cara moden dan tradisonal
Alhamdulillah. Dah 6 bulan berlalu selepas saya melahirkan anak ke-3. Syukur kerana saya diberi kesihatan yang baik sehingga sekarang. Kali ini baru saya dapat peluang berkongsi pengalaman berpantang selepas bersalin memggunakan produk makanan tambahan Shaklee dan Set Bersalin Muna As Syifa'.
Berpantang cara moden atau tradisi?
Pengalaman berpantang anak pertama dan kedua membuatkan saya memilih untuk berpantang secara moden dan tradisional. Maknanya, amalan berpantang yang diajar oleh nenek moyang dibuat mengikut kesesuaian dan pengambilan ubatan/ makanan tambahan juga menjadi pilihan. Saya mengikut naluri dan keselesaan sendiri dalam melengkapkan tempoh berpantang selama 44 hari ini. Alhamdulillah, tempoh ini sememangnya optimum untuk ibu selepas bersalin mendapat rehat yang cukup bagi membantu proses pemulihan tubuh secara semulajadi.
Rutin berpantang saya
Walaupun keletihan akibat berjaga malam menyusukan anak selama setiap 2-3 jam, ibu berpantang patut bangun awal seperti biasa. Rutin berpantang adalah seperti berikut:



4. Param, Pilis dan Tapel - Param adalah sejenis bedak panas ramuan herba yang disapu ke serata badan selepas mandi untuk memanaskan badan dan elakkan badan masuk angin. Boleh juga dijadikan skrub badan untuk membuang sel-sel kulit mati. Pilis dibuat dari bunga lawang, kulit kayu manis, jintan hitam, lada ekor, cucok atap dan daun turi. Saya gunakan serbuk pilis Muna Asy Syifa yang hanya perlu dibancuh dengan air dan ditepek-tepek di dahi. Khasiatnya adalah untuk elakkan angin di kepala, mengelak rabun. Tapel pula campuran herba yang digiling/ tumbuk untuk sapuan di perut. Saya cuma gunakan serbuk tapel Muna Asy Syifa yang dicampur dengan kapur makan, perahan limau nipis dan sedikit minyak sapu. Tapel ni disapu sebelum berbengkung untuk bantu mengecutkan rahim, mengempiskan perut dan mengelakkan angin
5. Berbengkung - Ada banyak jenis bengkung yang boleh digunakan oleh ibu lepas bersalin, samada moden atau tradisional. Bengkung moden lebih mudah kerana hanya perlu menggunakan zip atau cangkuk sahaja dan boleh dipakai sendiri dengan mudah. Bengkung tradisi biasanya dibuat dari kain belacu atau kain kapas. Ada dua jenis bengkung tradisi yang popular iaitu bengkung jawa (dipanggil juga bengkung lilit) dan bengkung tali (dipanggil juga bengkung zig zag). Saya menggunakan kesemua jenis bengkung ini mengikut keadaan. Pilihan pertama saya adalah bengkung lilit/ jawa sepanjang 10 kaki yang digunakan setiap hari semasa berpantang. Bengkung jenis ini sangat membantu mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat walaupun seringkali dianggap leceh dipakai. Bengkung moden saya guna ketika perlu keluar ke hospital/ klinik dan juga diteruskan selepas tamat pantang 44 hari.

6. Makanan tambahan - Secara tradisi ada yang amalkan makan ikan haruan, jamu, perahan ibu kunyit dan macam-macam lagi sebagai makanan tambahan semasa berpantang. Saya memilih mengambil Set Bersalin/ Berpantang Shaklee yang terdiri dari Multivitamin (Vita-Lea), B Complex, Vita-C, Kalsium-Magnesium (OsteMatrix) dan Zinc. Saya juga ambil supplement protein soya (Energising Soy Protein, ESP). Set ni memang sangat digalakkan diambil oleh ibu selepas bersalin. Pengalaman berpantang kali ini memang sangat manis bersama Shaklee (saya akan ceritakan nanti). Saya juga ada mengambil Jamu Muna Asy Syifa dan campuran minuman herba cina (madu, kurma dan ginseng). Kebaikannya, badan lebih cepat sihat dan segar. Luka cepat sembuh, badan bertenaga dan cepat pulih. Tiada sembelit atau stress.
Berpantang 100 hari?
Rutin pantang yang saya cerita di atas adalah pengalaman sebenar semasa berpantang selama 44 hari. Sepanjang waktu itu saya mengikut nasihat orang tua untuk berstokin, memakai baju lengan panjang, tidak terdedah pada sejuk, duduk /berjalan macam pengantin (heheheh) dan banyak lagi. Tapi, ada juga pantang yang diteruskan sehingga 100 hari seperti tidak membuat kerja berat/ angkat benda berat, makan makanan yang 'panas', elak makanan sejuk dan berangin serta memakai bengkung (saya guna bengkung moden selepas berpantang). Alhamdulillah, saya seronok berpantang kerana ia membantu badan berehat dan dimanjakan sekali sekala. Paling seronok berat badan turun 12kg, bentuk badan kembali langsing dan badan bertenaga dan rasa lebih sihat. Bagi ibu-ibu yang pertama kali akan melaluinya, jangan risau dan kekal positif. Nikmati pengalaman indah berpantang dan cubalah sebaik mungkin ikut cara tradisional dan gabungkan dengan kaedah moden untuk keselesaan sendiri
Hubungi saya untuk pesanan dan sebarang pertanyaan berkaitan!
ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent
Distributor ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com
ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent
Distributor ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)