Pages

4 sikap yang menggagalkan penyusuan ibu!

Hari ni, kesedaran untuk menyusukan anak dengan susu ibu telah meningkat. Dah jadi mcam satu trend pula ibu-ibu muda samada bekerjaya atau tidak menyusukan anak secara eksklusif selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Mungkin usaha pejuang-pejuang susu ibu, NGO dan pihak kerajaan telah berhasil. Saya teringat perbualan dengan ibu-ibu generasi X. Mereka adalah ibu pada tahun 70-an dan 80-an. Antara yang menjadi sebab utama kesedaran menyusukan anak berkurang adalah wujudnya teori ibu menyusukan akan kehilangan bentuk badan, terutamanya payudara yang akan mengendur. Kerap bangun malam menyusukan pula akan buat ibu-ibu kelihatan letih dan pucat sepanjang masa. Satu sebab yang saya agak kurang setuju, ibu generasi X ni bagi alasan 'rimas' dengan susu yang asyik meleleh keluar disebalik baju mereka, menyebabkan badan masam dan berbau. Oleh kerana 'geli', mereka buat macam-macam untuk mengeringkan susu badan seawal habis berpantang. Alasan yang paling biasa bagi ibu bekerja, susah nak teruskan bila dah mula bekerja. Dan ada juga beri alasan terlalu letih dan malas bangun untuk menyusukan anak setiap beberapa jam pada waktu malam.

Saya senyum je dengar celoteh ibu-ibu ni. Sebenarnya perbualan ni timbul ketika saya sedang mengepam pada waktu rehat di pejabat. Mereka kata saya beruntung hidup di zaman berteknologi dan kebanyakan ibu berpelajaran. Dulu mana ada pam susu yang canggih-canggih dan berkualiti, rujukan tentang susu ibu berlambak-lambak dan mudah didapati di internet. Dulu nak cari 'breast pad' pun susah. Ibu-ibu ni juga menyalahkan promosi susu formula yang tidak dikawal dalam media. Maka, timbulah trend berlumba-lumba memberi susu formula 'terbaik' kepada anak-anak.

Bagi saya, kesimpulan yang saya buat sendiri adalah keadaan dan situasi mungkin menjadi sebab, tetapi ada 4 sikap utama yang boleh menggagalkan penyusuan ibu :

1. BERFIKIRAN NEGATIF : selagi mentaliti ibu berkata 'tidak' selagi itulah ibu akan menghadapi kesukaran dalam menjayakan penyusuan ibu. Jika asyik berkata 'tak cukup susu', menganggap menyusu ini menyusahkan dan memenatkan, risau pandangan negatif orang yang ibu menyusu ni ketinggalan zaman dan sebagainya, sampai bila pun aura negatif akan menghantui kita. Berfikir positif, yakin dan percaya kita boleh lakukan, susu ibu mencukupi untuk anak dan Allah sentiasa akan mudahkan selagi kita berusaha

2. PENTINGKAN DIRI SENDIRI : mungkin jarang kita dengar ibu mementingkan diri sendiri melebihi kepentingan anak-anak. Sebenarnya masih ada yang begitu, dan ramai tak menyedarinya. Tahukah anda, pengorbanan anda untuk menyusukan anak anda memberi kesan yang sangat hebat hingga ke akhir hayatnya? Susu yang anda berikan dalam tempoh kira-kira 2 tahun tu akan memberi kesan kepada anak anda sehingga mereka dewasa. kajian menunjukkan, anak yang menyusu akan lebih rendah risiko mendapat penyakit-penyakit seperti asma, penyakit kardiovaskular dan sebagainya apabila dewasa. Ketepikanlah rasa mementingkan diri sendiri, berkorbanlah untuk anak selama 2 tahun tersebut demi kebaikan mereka.

3. MALAS : malas berjaga malam, malas mengepam, malas membasuh dan mensteril pam.... ada 1001 sebab untuk anda malas. Jika sikap ini ada pada anda, tiada siapa yang boleh tolong. hanya anda sahaja yang mampu selesaikannya. Seorang kenalan saya, surirumah sepenuh masa, berhenti menyusukan anak sejak habis pantang lagi. Dah terbiasa suami yang berjaga malam membancuh susu untuk anak-anak sebelum ni. Bila ada anak kecil, seolah-olah terlupa tugasnya menyusukan anak pada waktu malam. Malas bangun malam, anak menangis dibiarkan sahaja.

4. PUTUS ASA : setelah puas berusaha, masih gagal mendapat hasil diharapkan? jangan putus asa, cuba semak dulu bagaimana usaha anda sebelum ni. Adakah anda telah mencuba dengan bersungguh-sungguh? Adakah cara anda lakukannya betul? gagal kali pertama belum bermakna gagal selama-lamanya. Saya pernah membaca satu kisah relaktasi yang hebat. Setelah hampir 3 bulan berhenti menyusukan anak, dan susu badan telah kering sepenuhnya..seorang ibu ni berjaya melakukan relaktasi dengan jayanya. Tiada yang mustahil! Yang penting, jangan putus asa.

Jom periksa diri sendiri, apakah sikap kita sama seperti di atas? Pilihan di tangan anda...

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

TESTIMONI : GLA bantu hadapi sindrom wanita monopause

Simptom monopause pada wanita boleh bermula seawal usia 40 tahun. Menghadapi simptom-simptom seperti kemurungan, kurang tumpuan mood berubah-ubah dan kekeliruan pasti sedikit sebanyak mengganggu prestasi kerja sekiranya wanita tersebut bekerjaya.

Jika anda mencari-cari suplemen untuk membantu anda menghadapi masalah berkaitan hormon wanita seperti simptom monopause ini, anda boleh mencuba GLA Complex yang mengandungi Gamma-Linolenic Acid dan Omega-6. Ia berperanan membantu masalah seperti sindrom pra-haid (PMS), simptom pra-monopause, ketidaksuburan dan haid tidak teratur. Ia juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ovarian cyst dan fibroid.

Hari ini saya nak berkongsi testimoni Pn. Haizu, awal 50-an yang telah 2 bulan menggunakan GLA Complex. Beliau merupakan seorang yang bekerjaya dan merupakan salah seorang pemimpin utama di pejabat :

"*Saya sangat gembira bila kawan sepejabat mula perasan perubahan kepada mood dan tumpuan saya yang lebih baik di pejabat. Memang saya akui sebelum ni saya cepat melenting dan susah untuk fokus di pejabat. Masalah ini mengganggu prestasi saya hingga menyebabkan saya dipandang sinis oleh kakitangan bawahan. 

Saya juga mempunyai masalah haid yang banyak dan tidak teratur akibat fibroid. Sejak 2 bulan mengamalkan GLA Complex, saya tidak lagi mengalami pendarahan yang banyak dan yang pasti, perut saya yang buncit akibat fibroid telah berkurangan. 
Paling menggembirakan, suami menegur kulit muka saya semakin baik. Jeragat telah pudar dan garis-garis kedutan di dahi sedikit berkurangan"

* kenyataan ini adalah pengakuan pengguna, kesan produk adalah berbeza ke atas individu

Tidak hairanlah GLA Complex ni menjadi HOT ITEM di kalangan pelanggan-pelanggan saya yang kebanyakannya wanita berusia 30-an. Jika anda mahu mencuba atau bertanya lebih lanjut, hubungi saya sekarang untuk harga istimewa dan konsultasi percuma!

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

TESTIMONI : MINYAK IKAN - Bukan Untuk Pandai Sahaja!

Ikan memang telah sedia dikenali sebagai sumber protein utama di Malaysia. Bagi saya sendiri, ikan adalah pilihan utama dalam hidangan makanan harian berbanding ayam, daging dan telur.

Saya masih ingat ketika kecil, ibu saya pernah kata : "Makan ikan banyak-banyak, nanti pandai macam orang Terengganu". (Mesti orang Terengganu berbangga dengan ayat ni) Walaupun saya tak kisah sangat ketika itu, kemudian bila saya dah menginjak ke sekolah menegah dan universiti baru saya mula bersetuju dengan kenyataan ibu saya tu.

9 tahun saya bermaustatin di Terengganu memberi peluang saya lihat sendiri, betapa pentingnya ikan dalam menu harian mereka. Jika di tempat saya, minum petang biasanya goreng pisang dan kuih keria tetapi di Terengganu sudah tentu keropok lekor dan ikan celup tepung yang dimakan begitu sahaja. Fikir saya, patutlah keputusan peperiksaan UPSR dan SPM bagi anak-anak Terengganu sentiasa cemerlang setiap tahun, mereka makan ikan banyak setiap hari sejak kecil lagi!

Baru-baru ni saya dapat kongsi dengan kawan-kawan yang telah cuba Minyak Ikan dari Shaklee iaitu Omega Guard. Rupanya banyak kelebihannya, bukan semata-mata untuk pandai je. Antara kelebihan nya :

1. Bantu masalah sejuk-sejuk/ lenguh-lenguh lepas bersalin
2. Cairkan lendir/ kahak
3. Tingkatkan Immuniti

4. Bakar lemak
5. Redakan keradangan kulit
Nak tahu lagi kebaikan Omega Guard SHAKLEE? Baca di sini


Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

VIVIX : Tonik Anti-Penuaan SHAKLEE, Bertindak pada Peringkat Sel!

Saya sendiri sedang dalam proses berkenalan dengan VIVIX, ramuan terbaru SHAKLEE yang diperkenalkan pada tahun 2008.

Ia merupakan campuran 4 botani unik:

1. Japanese Knotweed (Polyganum Cuspidatum)

2. Muscadine Grape (Vitia rotundifolia)

3. European Elderberry (Sambucus nigra)

4. Purple Carrots (Daucus carota)


Keempat-empat sumber di atas adalah sangat kaya dengan polyphenol. Polyphenol ialah sekumpulan phytonutrients yang terkandung dalam tumbuhan dengan khasiat antioksidan dan penuaan selular. Phenol semulajadi ini dinamakan Resveratrol, yang dihasilkan oleh beberapa jenis tumbuhan secara semulajadi apabila diserang bakteria dan fungi.

VIVIX dari Shaklee ini adalah dalam bentuk minuman botani sirap berwarna merah serta enak rasanya. Sesudu teh sehari sudah cukup membekalkan keperluan antioksidan harian seorang dewasa. Di antara manfaat Vivix :
  • Membantu melindungi dan membaiki DNA sel
  • Membantu melawan penuaan selular
  • Menggalakkan biogenesis mitokondria, yang membantu meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel
  • Menyokong kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular
  • Menyokong kesihatan otak
  • Meningkatkan fungsi sistem imun
  • Menggalakkan jangka hayat sel yang lebih panjang
  • Bekalan antioksidan untuk melawan radikal bebas
  • Menyokong kesihatan sendi
Antara pengguna yang telah mendapat manfaat VIVIX ialah pesakit diabetis, darah tinggi, kanser, jantung, orang tuadan ramai lagi...

Kelebihan VIVIX ni ialah ia bertindak pada peringkat sel dalam 4 cara :
  1. Melindungi DNA dari kerosakan : setiap sel dalam tubuh manusia terdedah kepada 1 juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel
  2. Membaiki kerosakan DNA : dengan cara memperbaiki pengatur genetik yang berperanan dalam proses pembaikan sel
  3. Mengecas tenaga pada Mitokondria (sumber tenaga sel) : sel yang tidak mempunyai tenaga yang cukup tidak akan berfungsi dengan sebaiknya
  4. Membersihkan protein AGE (bahan sisa dari tindakbalas protein): semakin bertambah umur, semakin banyak bahan sisa dalam sel yang boleh mengganggu fungsi optimum sel
Sejak diperkenalkan, lebih 1 juta botol telah terjual... anda, bila lagi?

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

SHAKLEE dan ANTIOKSIDAN : Kelebihan dan Pilihan Anda..

Bahan-bahan semulajadi dari tumbuhan dan sayuran tertentu sebenarnya mengandungi bahan antioksidan yang diperlukan tubuh. Di antara sumber semulajadi yang kaya dengan antioksidan ialah :
  • Jagung
  • Kurma
  • Bawang Putih
  • Cengkih
  • Badam
  • Aprikot
  • Anggur
  • Teh Hijau
  • Beras Perang
  • Nenas
  • Minyak Zaitun
  • Delima
  • Mangga
  • Tomato
  • Minyak Kelapa
  • Acai Beri
  • Lobak
  • Oregano
  • Bayam
dan banyak lagi...

Pengambilan 5 hidangan dari sumber semulajadi adalah yang sebaiknya untuk membekalkan antioksidan yang mencukupi untuk tubuh kita. Bagi sesetengah orang, bahan antioksidan diperlukan dalam kuantiti yang lebih tinggi seperti orang yang
  1. terlibat dalam kerjaya yang terdedah kepada stress
  2. merokoksering terdedah kepada matahari
  3. suka makan makanan segera dan diproses
  4. mempunyai penyakit berkaitan auto-imun
  5. terdedah kepada radiasi
  6. tinggal di kawasan yang tinggi tahap pencemaran
Berikut adalah kebaikan Antioksidan :

  • membantu mencegah kerosakan radikal bebas yang dikaitkan dengan kanser
  • membantu melambatkan proses penuaan
  • membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan berkaitan saraf seperti Stroke, Penyakit Alzheimer's, migraine, penyakit Parkinson dan banyak lagi
  • meningkatkan imuniti terhadap demam dan selsema
  • mengurangkan alergi, asthma, arthritis
  • mengurangkan simptom pra haidmeningkatkan daya ingatan dan tumpuanmembantu tidur yang lebih berkualiti
Jika anda tidak mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan atau anda memerlukan lebih antioksidan, SHAKLEE menawarkan suplemen yang boleh membantu :


Vitamin E, B Complex dan Carotomax SHAKLEE (Baca keterangan di sini)

atau satu pilihan yang lebih baik jika anda tidak sukakan pil ialah VIVIX:

Baca maklumat Vivix di sini

Nak tahu lebih lanjut? Hubungi saya...

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

*TESTIMONI BERGAMBAR : Wajah Segar, Bebas Dari Kesan Alahan dengan Set Skin Care Euphoria!


* kenyataan ini adalah pengakuan pengguna, kesan produk adalah berbeza ke atas individu


Kawan saya ni, Normala ada masalah alahan terhadap makanan laut yang agak teruk. Memang sebelum ni setiap kali makan udang ke, sotong ke, ketam atau yang sewaktu dengannya - hampir pasti akan timbul tanda-tanda alahan di seluruh badan termasuk muka. Bukan itu sahaja, jika makanan seperti mee dan nasi yang dimasak bersama makanan laut pun boleh mendatangkan kesan walaupun tidak dijamah seafood tersebut secara terus. Tanda ni akan ambil masa berhari-hari mungkin berminggu-minggu untuk hilang sepenuhnya. Sayangnya, kawan saya ni memang suka seafood. Nak tak nak dia terpaksa tanggung kesan alahan setiap kali teringin makan makanan kegemarannya tu.

Akhir Januari lalu, Normala hubungi saya untuk cuba produk SHAKLEE dan minta cadangan. Saya pun mencadangkan dia mencuba vitamin asas dalam kesihatan kulit seperti B-Complex, Vitamin C dan Vitamin E serta ditambah dengan Alfalfa yang sesuai untuk mereka yang alahan. So, jom kita baca apa kata Cik Normala ni sendiri :

Baca juga kelebihan setiap vitamin dicadangkan di sini. Nak tahu lebih lanjut? Hubungi saya...

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

ANTIOKSIDA : Apa yang perlu anda tahu?

Dulu memang saya ada belajar subjek BIOKIMIA di universiti. Jujurnya, subjek inilah yang menyumbang kemerosotan CGPA saya. Atau lebih tepat, saya memang tak cemerlang dalam subjek ini. Walaupun masa SPM saya dapat keputusan yang agak baik dalam BIOLOGI dan KIMIA, nampaknya tak banyak yang saya ingat sekarang kecuali pasal neutron, elektron, proton... Maklumlah, belajar dulu untuk dapat sijil/ ijazah. Tak bubuh perut, bak orang kampung saya kata...

Jadi, bila saya cuba baca maklumat tentang antioksidan - agak lambat sikit nak faham dan ingat. Berulangkali baca, buat diagram baru ingat. Saya nak kongsi hasil bacaan saya :

Proses Oksidasi (oxidation):

Ini adalah atom oksigen normal yang ada di sekeliling kita.

Dalam keadaan tertentu, tindakbalas kimia akan menyebabkan satu elektron (atau lebih) dari atom oksigen dipindahkan atau didermakan kepada agen pengoksidaan. Contoh agen pengoksidaan - ozon, bahan kimia dari pencemaran udara, bahan dalam asap rokok, racun serangga dll. Proses ni juga berlaku secara semulajadi (dan normal) dalam badan kita bila sel kita hendak diperbaharui, bila kita stress dan bila terjadi tindakbalas imuniti. Jadi bila satu elektron hilang, terbentuklah apa yang dipanggil radikal bebas.

Radikal bebas ni sangat tak stabil. Jika ia tidak distabilkan dengan segera, tindakbalas rantaian akan berlaku di mana sel manusia akan rosak dan lama-lama mati.
Tindakan antioksidan:

Jadi, untuk menstabilkan diri, radikal bebas ni akan ambil pula elektron dari bahan-bahan antioksidan yang ada untuk kekal stabil. Secara normal memang badan kita boleh 'handle' radikal bebas ni tapi, jika terlalu banyak radikal bebas dan badan kita pula tak cukup antioksidan, maka sel-sel akan banyak rosak dan mati. Kalau cukup antioksidan, dapatlah radikal bebas di'neutral'kan macam gambar bawah ni.
Antioksidan ni baik sebab dia dermakan elektron dia kepada radikal bebas. Dan bagi antioksidan pula (seperti vitamin E), selepas elektron didermakan, antioksidan lain seperti (vitamin C) akan membantu meneutralkan Vitamin E tersebut. Vitamin C pula tidak perlukan penderma kerana ia boleh larut air setelah terurai.

Cuba bayangkan apa akan jadi jika tak wujud atau tak cukup antioksidan dalam badan kita? Macam besi kalau teroksida akan jadi karat. Buah epal yang segar kalau teroksida akan jadi busuk. Kalau kulit kita teroksida, jadi apa agaknya? Yup... berlaku penuaan dan rosak.

Sekarang kita berkenalan pula dengan antioksidan yang baik hati itu :

VITAMIN E
  • Antioksidan larut lemak
  • Menghentikan proses pengoksidaan yang berlaku pada lemak
  • Masuk ke dalam membran sel untuk melindungi sel dari teroksida
  • Vitamin E yang paling aktif secara biologi adalah dalam bentuk α-tocopherol
  • Boleh diperolehi dari minyak bunga matahari, wheat germ dan safflower
VITAMIN C
  • juga dikenali sebagai Ascorbic Acid
  • Antioksidan larut air
  • Membantu melindungi kebanyakan molekul dalam tubuh manusia seperti sel darah, asid nukleik dan protein
  • Membantu fungsi vitamin E yang lebih berkesan
  • Boleh diperolehi dari buah-buahan seperti anggur, strawberi, betik, kiwi dan sayuran seperti brokoli, bunga kubis, asparagus dan banyak lagi.
VITAMIN A
  • merujuk kepada satu bahan aktif yang dipanggil Retinol dan precursor Vitamin A seperti Carotene
  • Antioksidan larut lemak
  • Bertindak seperti Vitamin E
  • Sumber semulajadi dari buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna terang seperti lobak, lada benggala, betik, aprikot juga sumber haiwan seperti hati, telur dan susu
Baca juga kelebihan antioksidan dan pilihan suplemen SHAKLEE yang ada ...

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

Penyusuan ibu : Jadikan saya lebih terurus!


Masa bersalin anak sulung semuanya serba baru. Bukan dari segi material sahaja, pengalaman dan situasi juga serba baru juga. Mujur juga saya memang suka membaca, surfing online dan join forum-forum parenting; dapat juga saya gambarkan liku- liku seorang ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif. Sekarang, bila dah beranak dua ni saya jadi lebih tenang. Sekurang-kurangnya saya dah tahu macamana menguruskan penyusuan ibu. Secara tak langsung bagi saya, pengalaman menyusukan anak mengajar saya lebih cekap menguruskan masa. Tak percaya? Cuba tengok rutin harian saya menguruskan penyusuan ibu:

5.00 pagi : Bangun untuk menyusukan anak. Keluarkan stok susu perahan (EBM) beku untuk dicairkan pada suhu bilik (thawing). Perah susu menggunakan pam untuk kosongkan breast. Basuh, steril dan keringkan bahagian-bahagian pam

7.00 pagi : Masukkan EBM ke dalam 5 feeding bottle dan susun dalam cooler box untuk bekal anak ke rumah pengasuh. Label ikut tarikh supaya pengasuh beri susukan ikut 'first in first out' . Bagi memudahkan pengasuh, saya dah sukat kuantiti susu yang nak diberi dalam botol yang dah siap dengan puting. Kiranya nanti pengasuh hanya perlu panaskan sahaja sebelum beri pada baby. Dan saya juga pilih glass bottle sebab susu lebih cepat dipanaskan dalam ni selain mudah dibersihkan.


Kemudian, perlu sediakan cooler bag berisi chiller dan botol susu untuk pam di pejabat. Pastikan semua bahagian pam dah masuk dalam beg. Susukan anak secara direct sebelum bertolak ke pejabat.

10.00 pagi, 1.00 ptg dan 5.00 ptg : Sesi mengepam di pejabat

6.00 ptg : Direct feeding sebaik sahaja sampai rumah. Simpan EBM yang dibawa dari ofis di bahagian chiller dulu. Basuh semua botol (yang dah kosong) yang dibawa balik dari rumah pengasuh, steril dan keringkan. Bilas cooler box dan masukkan ice pack ke dalam freezer untuk diguna semula esok hari.
8.00 mlm, 10.00 mlm : Direct feeding lagi kira-kira setiap 2 jam.
12.00 mlm : Sesi membungkus EBM yang perlu dibekukan

1.00 pg, 3.00 pg : Direct feeding lagi kira-kira setiap 2 jam dan mengepam setiap kali lepas menyusu untuk mengosongkan breast.
5.00 pg : Bangun tidur - ulang semula rutin...

Memang tidur malam sekejap-sekejap sahaja. Mula-mula memang meletihkan tetapi bila dah dua orang anak menyusu sepenuhnya menjangkau umur 1 tahun - badan saya dah dapat sesuaikan diri. Sejak melahirkan anak pertama pada 2008 hingga ke hari ini, saya dapat tidur berterusan lebih 3 jam hanya ketika mengandung (5 bulan ke atas) kerana pada masa tu anak sulung dah mula bercerai susu badan.

Jika saya berpisah dengan anak kerana oustation, saya masih konsisten dengan rutin mengepam 3-4 jam sekali. Nanti saya kongsi pengalaman menguruskan EBM ketika outstation.

Alhamdulillah, pengambilan suplemen SHAKLEE secara konsisten membantu saya melalui rutin ini setiap hari selain sentiasa mempraktikkan 3 perkara berikut :
  1. Positif - yakin dengan rezeki dan selalu memohon dari Allah untuk dimudahkan dan dimurahkan rezeki
  2. Diet - jaga pemakanan dan pastikan minum air cukup 3 Liter sehari. Ambil makanan yang boleh membantu penyusuan ibu seperti dalam senarai ini
  3. Konsep 'Demand and Supply' dalam breastfeeding - direct feeding sekerap mungkin bila bersama bayi dan jangan malas mengosongkan breast bila tidak bersama bayi.
Nak tanya saya lebih lanjut? Hubungi saya...


Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

Perbezaan Vitamin Sintetik dan Semulajadi - cuba check vitamin kita!!

Baru-baru ni sahabat lama saya minta konsultasi mengenai vitamin yang sesuai untuk ibu yang menyusukan. Alhamdulillah, berbekalkan ilmu dari kelas-kelas konsultasi dan pengalaman menyusukan dua orang anak - dapat juga saya kongsi dengan ex-classmate saya ni. Salah satu isu yang kami bincangkan ialah perbezaan antara vitamin sintetik dan vitamin semulajadi (natural) dan kesannya kepada kita. Dulu saya sendiri pun tak ambil 'kesah' pasal vitamin ni gara-gara takde 'knowledge' atau lebih mudah, tak nak ambil tahu pun. Tapi sekarang saya telah membuat pilihan, vitamin yang saya sekeluarga ambil mestilah vitamin semulajadi - bukan sintetik. Di antara perbezaan utama vitamin sintetik dan semulajadi ialah:

CIRI-CIRI
VITAMIN
SEMULAJADI
SINTETIK
SUMBER
dari bahan semulajadi seperti tumbuhan berkualiti tinggi
dibuat melalui proses tindakbalas kimia di makmal


STRUKTUR MOLEKUL
lebih serupa dengan dalam bentuk semulajadi


Diubahsuai untuk menyerupai @ menghampiri bentuk semulajadi
contoh:
· Vitamin C yang diekstrak dari tumbuhan dan vitamin C yang dibuat di makmal biasanya mempunyai struktur yang sama
· Vitamin E dalam bentuk d-tocopherol hanya boleh diekstrak dari sumber semulajadi seperti minyak sayuran. Vitamin E sintetik pula hanya boleh dibuat dalam bentuk dl-tocopherol.
HARGA
biasanya lebih mahal
biasanya lebih murah dan mudah diperolehi
BIOAVAILABALITI
Boleh digunakan terus oleh sistem tubuh
tidak semua boleh digunakan terus oleh tubuh, hanya sebahagian kandungan yang dinyatakan dilabel akan diserap tubuh manakala sebahagian lagi akan dikeluarkan melalui bahan buangan
CO-FACTOR
mengandungi co-factor untuk bertindak secara semulajadi dan berkesan sebagaimana dalam sumber asal.
contoh :
· Vitamin E memerlukan Selenium untuk bertindak lebih berkesan
· Kalsium perlukan Magnesium sebagai co-factor
kebanyakannya tidak mengandungi co-factor
PROSES PEMBUATAN
sangat teliti, tiada proses pemanasan/ tekanan berlebihan dan dikawal dari pencemaran toksik kerana bahan semulajadi sangat sensitif dan mudah rosak.
proses pengilangan yang tidak melibatkan sensitiviti bahan semulajadi
BAHAN TAMBAHAN
Tidak menggunakan pewarna, perasa atau pemanis tiruan. Tidak memerlukan pengawet atau silica gel untuk mengekalkan kesegaran produk
Menggunakan pewarna, perasa atau pemanis tiruan untuk tarikan pengguna. Mengandungi bahan pengawet atau silica gel untuk mengekalkan kesegaran produk

Kemudian saya buat eksperimen ringkas untuk tunjukkan pada kawan saya ni perbezaan VitaLea SHAKLEE dan ***M*N secara fizikalnya. Saya ambil sebiji VitaLea, genggam dengan tangan kanan dan ***M*N, genggam dengan tangan kiri serentak selama kira-kira 15 minit. Hasilnya di bawah:


boleh nampakkan, pewarna 'pink' melekat pada tangan kiri saya? Tangan kanan pula takde apa-apa berlaku walaupun kita nampak VitaLea tu sangat hijau warnanya, macam ada pewarna tiruan.
Silica gel kita boleh jumpa dalam banyak bungkusan produk makanan. Rupanya macam di bawah ni, saya ambil dari botol vitamin A***T*N anak saya yang lama (sekarang tak ambil dah brand ni, manis sangat)


Jika anda nak tahu lanjut Vitamin semulajadi pilihan saya, sila hubungi saya ok? Ada banyak pilihan untuk anda... :D

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.