Pages

Penyusuan ibu : Jadikan saya lebih terurus!


Masa bersalin anak sulung semuanya serba baru. Bukan dari segi material sahaja, pengalaman dan situasi juga serba baru juga. Mujur juga saya memang suka membaca, surfing online dan join forum-forum parenting; dapat juga saya gambarkan liku- liku seorang ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif. Sekarang, bila dah beranak dua ni saya jadi lebih tenang. Sekurang-kurangnya saya dah tahu macamana menguruskan penyusuan ibu. Secara tak langsung bagi saya, pengalaman menyusukan anak mengajar saya lebih cekap menguruskan masa. Tak percaya? Cuba tengok rutin harian saya menguruskan penyusuan ibu:

5.00 pagi : Bangun untuk menyusukan anak. Keluarkan stok susu perahan (EBM) beku untuk dicairkan pada suhu bilik (thawing). Perah susu menggunakan pam untuk kosongkan breast. Basuh, steril dan keringkan bahagian-bahagian pam

7.00 pagi : Masukkan EBM ke dalam 5 feeding bottle dan susun dalam cooler box untuk bekal anak ke rumah pengasuh. Label ikut tarikh supaya pengasuh beri susukan ikut 'first in first out' . Bagi memudahkan pengasuh, saya dah sukat kuantiti susu yang nak diberi dalam botol yang dah siap dengan puting. Kiranya nanti pengasuh hanya perlu panaskan sahaja sebelum beri pada baby. Dan saya juga pilih glass bottle sebab susu lebih cepat dipanaskan dalam ni selain mudah dibersihkan.


Kemudian, perlu sediakan cooler bag berisi chiller dan botol susu untuk pam di pejabat. Pastikan semua bahagian pam dah masuk dalam beg. Susukan anak secara direct sebelum bertolak ke pejabat.

10.00 pagi, 1.00 ptg dan 5.00 ptg : Sesi mengepam di pejabat

6.00 ptg : Direct feeding sebaik sahaja sampai rumah. Simpan EBM yang dibawa dari ofis di bahagian chiller dulu. Basuh semua botol (yang dah kosong) yang dibawa balik dari rumah pengasuh, steril dan keringkan. Bilas cooler box dan masukkan ice pack ke dalam freezer untuk diguna semula esok hari.
8.00 mlm, 10.00 mlm : Direct feeding lagi kira-kira setiap 2 jam.
12.00 mlm : Sesi membungkus EBM yang perlu dibekukan

1.00 pg, 3.00 pg : Direct feeding lagi kira-kira setiap 2 jam dan mengepam setiap kali lepas menyusu untuk mengosongkan breast.
5.00 pg : Bangun tidur - ulang semula rutin...

Memang tidur malam sekejap-sekejap sahaja. Mula-mula memang meletihkan tetapi bila dah dua orang anak menyusu sepenuhnya menjangkau umur 1 tahun - badan saya dah dapat sesuaikan diri. Sejak melahirkan anak pertama pada 2008 hingga ke hari ini, saya dapat tidur berterusan lebih 3 jam hanya ketika mengandung (5 bulan ke atas) kerana pada masa tu anak sulung dah mula bercerai susu badan.

Jika saya berpisah dengan anak kerana oustation, saya masih konsisten dengan rutin mengepam 3-4 jam sekali. Nanti saya kongsi pengalaman menguruskan EBM ketika outstation.

Alhamdulillah, pengambilan suplemen SHAKLEE secara konsisten membantu saya melalui rutin ini setiap hari selain sentiasa mempraktikkan 3 perkara berikut :
  1. Positif - yakin dengan rezeki dan selalu memohon dari Allah untuk dimudahkan dan dimurahkan rezeki
  2. Diet - jaga pemakanan dan pastikan minum air cukup 3 Liter sehari. Ambil makanan yang boleh membantu penyusuan ibu seperti dalam senarai ini
  3. Konsep 'Demand and Supply' dalam breastfeeding - direct feeding sekerap mungkin bila bersama bayi dan jangan malas mengosongkan breast bila tidak bersama bayi.
Nak tanya saya lebih lanjut? Hubungi saya...


Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

No comments:

Post a Comment