Pages

ANTIOKSIDA : Apa yang perlu anda tahu?

Dulu memang saya ada belajar subjek BIOKIMIA di universiti. Jujurnya, subjek inilah yang menyumbang kemerosotan CGPA saya. Atau lebih tepat, saya memang tak cemerlang dalam subjek ini. Walaupun masa SPM saya dapat keputusan yang agak baik dalam BIOLOGI dan KIMIA, nampaknya tak banyak yang saya ingat sekarang kecuali pasal neutron, elektron, proton... Maklumlah, belajar dulu untuk dapat sijil/ ijazah. Tak bubuh perut, bak orang kampung saya kata...

Jadi, bila saya cuba baca maklumat tentang antioksidan - agak lambat sikit nak faham dan ingat. Berulangkali baca, buat diagram baru ingat. Saya nak kongsi hasil bacaan saya :

Proses Oksidasi (oxidation):

Ini adalah atom oksigen normal yang ada di sekeliling kita.

Dalam keadaan tertentu, tindakbalas kimia akan menyebabkan satu elektron (atau lebih) dari atom oksigen dipindahkan atau didermakan kepada agen pengoksidaan. Contoh agen pengoksidaan - ozon, bahan kimia dari pencemaran udara, bahan dalam asap rokok, racun serangga dll. Proses ni juga berlaku secara semulajadi (dan normal) dalam badan kita bila sel kita hendak diperbaharui, bila kita stress dan bila terjadi tindakbalas imuniti. Jadi bila satu elektron hilang, terbentuklah apa yang dipanggil radikal bebas.

Radikal bebas ni sangat tak stabil. Jika ia tidak distabilkan dengan segera, tindakbalas rantaian akan berlaku di mana sel manusia akan rosak dan lama-lama mati.
Tindakan antioksidan:

Jadi, untuk menstabilkan diri, radikal bebas ni akan ambil pula elektron dari bahan-bahan antioksidan yang ada untuk kekal stabil. Secara normal memang badan kita boleh 'handle' radikal bebas ni tapi, jika terlalu banyak radikal bebas dan badan kita pula tak cukup antioksidan, maka sel-sel akan banyak rosak dan mati. Kalau cukup antioksidan, dapatlah radikal bebas di'neutral'kan macam gambar bawah ni.
Antioksidan ni baik sebab dia dermakan elektron dia kepada radikal bebas. Dan bagi antioksidan pula (seperti vitamin E), selepas elektron didermakan, antioksidan lain seperti (vitamin C) akan membantu meneutralkan Vitamin E tersebut. Vitamin C pula tidak perlukan penderma kerana ia boleh larut air setelah terurai.

Cuba bayangkan apa akan jadi jika tak wujud atau tak cukup antioksidan dalam badan kita? Macam besi kalau teroksida akan jadi karat. Buah epal yang segar kalau teroksida akan jadi busuk. Kalau kulit kita teroksida, jadi apa agaknya? Yup... berlaku penuaan dan rosak.

Sekarang kita berkenalan pula dengan antioksidan yang baik hati itu :

VITAMIN E
  • Antioksidan larut lemak
  • Menghentikan proses pengoksidaan yang berlaku pada lemak
  • Masuk ke dalam membran sel untuk melindungi sel dari teroksida
  • Vitamin E yang paling aktif secara biologi adalah dalam bentuk α-tocopherol
  • Boleh diperolehi dari minyak bunga matahari, wheat germ dan safflower
VITAMIN C
  • juga dikenali sebagai Ascorbic Acid
  • Antioksidan larut air
  • Membantu melindungi kebanyakan molekul dalam tubuh manusia seperti sel darah, asid nukleik dan protein
  • Membantu fungsi vitamin E yang lebih berkesan
  • Boleh diperolehi dari buah-buahan seperti anggur, strawberi, betik, kiwi dan sayuran seperti brokoli, bunga kubis, asparagus dan banyak lagi.
VITAMIN A
  • merujuk kepada satu bahan aktif yang dipanggil Retinol dan precursor Vitamin A seperti Carotene
  • Antioksidan larut lemak
  • Bertindak seperti Vitamin E
  • Sumber semulajadi dari buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna terang seperti lobak, lada benggala, betik, aprikot juga sumber haiwan seperti hati, telur dan susu
Baca juga kelebihan antioksidan dan pilihan suplemen SHAKLEE yang ada ...

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

No comments:

Post a Comment