Pages

EDISI LELAKI: Tips untuk kesihatan sperma

Satu kajian telah dibuat dari tahun 1963 hingga 2001 di Denmark untuk mengkaji kaitan kesihatan sperma dengan tahap kesihatan dan jangka hayat lelaki. Kajian yang melibatkan 43,277 lelaki itu membuktikan kualiti sperma bukan untuk KESIHATAN SEKSUAL semata-mata. Antara penemuan penting yang dibuat ialah :
  • Lelaki dengan jumlah sperma 40 juta per milimeter memiliki ketahanan hidup 40% lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai jumlah sperma 10 juta per milimeter.
  • Lelaki dengan jumlah sperma 40 juta per milimeter memiliki umur yang lebih panjang sebanyak 40% lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai jumlah sperma 10 juta per milimeter.
  • Lelaki yang mempunyai pergerakan aktif sperma sehingga 75% memiliki tahap kesihatan lebih tinggi sebanyak 54% lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang spermanya hanya bergerak 25%
Kajian ini menunjukkan kualiti sperma yang lebih baik menunjukkan akan memberikan tahap kesihatan umum yang lebih baik. Jom baca tips untuk kesihatan sperma berikut:
  1. Makan lebih protein seperti telur, daging, kekacang dan sebahagian sayuran hijau dan tomato kerana sperma dibentuk dari protein!
  2. Ambil makanan dan suplemen yang mengandungi zink, asid folik, chromium, selenium dan coenzyme Q10 untuk menambah kualiti sperma. Vitamin E, B Kompleks dan Vitamin C juga sangat membantu.
  3. Amalkan cara hidup sihat dengan bersenam, dapatkan berat badan ideal dan hindari alkohol serta merokok.
  4. Jangan pakai seluar dalam ketat dan mandi air panas terlalu lama kerana suhu zakar boleh meningkat dan menjejaskan kualiti sperma.
Nak tahu juga fungsi vitamin dalam kesihatan seksual? Baca di sini..

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

No comments:

Post a Comment