Pages

Tips/ Petua jika ada ulser dalam mulut supaya tak lagi berlapar @ terjerit-jerit akibat kepedihan sewaktu makan

Baru-baru ni saya kena ulser dalam mulut. Banyak pula tu, merebak sampai ada pada lidah, lelangit dan tekak. Seksa yang amat sampai tak boleh tidur. Telan air liur pun perit dan pedih macam kena hiris pisau.

Semua orang pernah kena kot ulser macam ni

Saya cuba cari jalan nak legakan kesakitan. Macam-macam juga tips dan petua saya buat. Di sini saya nak kongsi apa yang dah dicuba untuk kawan-kawan cuba cuba. Mana tahu ada yang sesuai untuk kita kan.
  1. Berkumur dengan air garam : Sebenarnya fungsi air garam ni nak bagi kuman-kuman lemah/ mati supaya tak menjangkiti ulser tu. Ada juga kata ia untuk elak ulser tu merebak lagi. Bila kumur ni ada rasa pedih sikit. Tapi tidak membantu hilangkan sakit serta merta 
  2. Letak ais/ Makan aiskrim vanilla : Ni antara tips popular juga. Sebenarnya rasa sejuk ni akan buatkan keradangan pada ulser tu berkurang. Jadi, kurang sikit sakit dan rasa lebih selesa.
  3. Minum air lebih banyak dari biasa : Tips ni wajib buat. Ulser biasa tu puncanya mungkin disebabkan kurang air. Atau mungkin badan kita 'panas dalam' lepas makan benda-benda yang panas seperti herba, durian dll. Nak cepat kembalikan cecair dalam badan boleh ambil minuman isotonik. Saya cuma amalkan Performance Drink Shaklee untuk bantu masalah panas badan/ kurang air dengan cepat.
  4. Kurangkan makanan pedas, berasid dan berminyak : Dengan cara kawal pemakanan, ulser boleh jadi cepat sembuh berbanding biasa. Ada sesetengah makanan akan menambah rasa sakit dan ada yang menjadikan ulser semakin teruk.
  5. Tingkatkan imun badan : Ulser ni juga mungkin berpunca dari sistem badan kita yang lemah daya tahan. Ada orang jarang dapat masalah ulser dan ada yang kerap dapat ulser berulang-ulang. Ambil makanan yang tinggi antioksida seperti buah-buahan berwarna terang, sayuran dan kekacang. Selain itu boleh ambil suplemen seperti yang saya amalkan seperti vitamin C, pil bawang putih, zink, B-Complex dan penggalak interferon  (NutriFeron) di bawah ini.


Suplemen ni mungkin tak beri kesan penyembuhan serta merta tetapi amat berkesan untuk mengelakkan kita terkena ulser lagi si masa depan

Alhamdulillah, usaha saya di atas benar-benar membantu legakan sakit dan ulser mula hilang dalam masa lebih songkat dari biasa.  Selain cara di atas, ada beberapa tips/ petua lagi yang belum saya cuba seperti :
  1. Sapu serbuk bunga cengkih pada ulser
  2. Sembur dengan bahan semburan khas untuk ulser yang boleh dibeli farmasi
  3. Ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol
  4. Sapu madu asli pada luka
Insya Allah lepas cuba tips dan petua di atas, dah tak perlu menderita tahan lapar atau sakit ketika makan. Tapi ingat.... jika ulser luar biasa, semakin bertambah atau tidak baik sendiri selepas seminggu, cuba dapatkan rawatan lanjut kerana mungkin ia adalah simptom penyakit lain.

SELAMAT MENCUBA!

Zeti Hafiza
+6019 936 6681

No comments:

Post a Comment