Pages

Pengalaman ngeri seorang ibu yang tak dapat dilupakan ketika bermain game dengan anak berumur 7 tahun

Kisah ni adalah kisah benar yang saya alami 2 bulan lepas. Pengalaman yang 'mengerikan' ketika bermain sejenis game dengan anak sulung saya, Ahmad Nabil yang berusia 7 tahun.
Ibu & Nabil (3 tahun lepas) - Macam adik beradik tak?
Ketika tu kami baru pulang dari program teambuilding group Shaklee SUPERMOM yang dinaungi oleh Master Hadhatina & Master Kamarul Baharin. Antara acara akhir program tu ialah pelancaran sejenis gameboard yang dinamakan MASTERIA. Saya sempat cuba mainan tersebut satu pusingan dengan kawan-kawan lain. Walaupun sebenarnya saya tak minat dengan gameboard seperti ni, saya beli satu set kerana jatuh hati dengan pelajaran yang saya dapat dari permainan ini.

Berbalik pada kisah ngeri tadi. Sampai di rumah, Nabil tak sabar-sabar nak cuba permainan MASTERIA tu. Ibu jadi mangsa kena berentap dengan Nabil. Mulanya ibu mendahului sebab Nabil belum dapat rentak permainan. Selepas beberapa ketika, Nabil mula mengusai permaianan. Antara percaya dan tidak, saya telah dikalahkan oleh anak sendiri yang berusia 7 tahun walaupun dia baru pertama kali mencuba. Mudah sahaja Nabil dapat 17 point dengan lebih 50,000 UV untuk menang. Ibu? Terpaksa 'jual' downline dan aset untuk terus berada dalam permainan.

Saya tak puas hati, terus ajak Nabil main MASTERIA 3 pusingan lagi. Di sinilah pengalaman 'mengerikan' yang tak dapat saya lupakan. Saya dikalahkan dengan lebih mudah oleh Nabil dalam setiap permainan. Lebih mengerikan bila saya terperangkap beberapa kali dalam 'COMFORT ZONE' permaianan untuk tempoh masa lama. Oh tidakkkkk!

Apapun bagi saya, pengajaran dari permainan tu sangat berguna. Cabaran, keuntungan dan kerugian yang disusun dalam gameboard MASTERIA ni memang gambaran sebenar dalam perjalanan bisnes seorang pengedar Shaklee. Walaupun hanya sebuah permainan, ia memberi pengajaran yang sangat berguna kepada kita.

Ha... ada sesiapa berani nak lawan dengan Nabil? Jemputlah datang rumah atau hubungi saya jika nak cuba. Siapkan mental dan fizikal anda. Tapi sebelum tu, tonton dulu cara main permainan ni jika tak nak melalui pengalaman ngeri yang sama seperti saya :



Macam mana? Mudahkan cara main Masteria ni. Ala-ala permainan SAHIBA ataupun MONOPOLY. Sesekali main permainan sebegini dengan anak-anak akan buatkan hormon gembira meningkat, sekaligus mengurangkan stress. Cuba tengok betapa gembiranya kami ketika bermain MASTERIA.


Mak-mak dalam gambar atas ni nampak mudakan? Selain selalu bermain dengan anak-anak, rahsia mereka berjiwa muda juga ada dalam video ni :




Jumpa lagi!

MASTER TO BE
Zeti Hafiza Zakaria

No comments:

Post a Comment