Pages

Diari Hamil Zeti Hafiza : Minggu 5-8

Minggu 5

Patutnya saya datang haid dah minggu ni. Tapi, sibuk punya hal.. tak terfikir langsung pun pasal tu. Minggu ni juga minggu pertama Ramadhan. Seronok juga melayan anak sulung yang sedang berlatih puasa... setiap hari berlalu dengan cepat.
Info : Bayi dalam rahim pada usia ni besarnya hanya seperti saiz sebiji bijan. Lapisan tisunya sedang membentuk. Ibu MUNGKIN akan hadapi simptom seperti pra haid contohnya letih, mabuk dan sakit di bahagian payudara

Minggu 6

Saya sangat sibuk dengan kerja-kerja penyelidikan di makmal. Eksperimen kali ni agak mengambil masa. Ada beberapa malam saya terpaksa bermalam di Fakulti. Ada masa saya balik menjelang waktu sahur, kadang-kadang sempat berbuka puasa dengan air kosong sahaja. 

Info : Beberapa organ bayi seperti mulut, hidung dan telinga sedang terbentuk minggu ni. Usus, otak, otot dan lain-lain pun sama. Ibu mungkin mengalami tanda awal hamil yang lebih ketara minggu ni. Hati-hati jika ada pendarahan, kerana ia mungkin tanda awal kehamilan yang tak normal. Rujuk doktor jika berlaku.

Minggu 7 

Kesibukan minggu lepas berlarutan ke minggu ni. Tambahan pula, hari raya bakal tiba seminggu lagi. Hujung minggu yang senggang saya ambil peluang buat persediaan hari raya. Rasa sedikit teruja menyambut raya pertama kali bersama Cik Kuntum. Maklumlah, raya tahun lepas kami sambut dalam tempoh berpantang.
Info : Saiz bayi dah sebesar sebiji buah blueberry pada minggu ni. Tangan dan kaki mula nampak terbentuk. Ibu akan semakin kerap kencing dan mungkin mula rasa mabuk hamil yang teruk termasuk muntah-muntah.

Minggu 8

Kerja-kerja makmal dah sedikit reda. Saya punya masa lebih untuk diluang bersama keluarga. Tapi, agak mengecewakan sebab badan saya terasa lebih letih dari biasa. Kebanyakan masa rasa lebih selesa berehat dan berbaring sahaja.
Info : Tunas jari mula keluar dari tangan dan kaki bayi. Kelopak mata telah lengkap menutupi mata. Bayi telah mula aktif bergerak walaupun ibu tak rasa apa-apa. Ibu pula mula rasa letih-letih dan susah tidur. Bahagian badan seperti perut, payudara dan punggung mula rasa mengembang sedikit.

... bersambung nanti

Anggaran saiz bayi dalam rahim

No comments:

Post a Comment