Pages

KELETIHAN BERPANJANGAN : SEBAB, SIMPTOM DAN TIPS MENGATASI




Bila cakap pasal penat dan letih, memang dah jadi perkara biasa bagi kebanyakan orang. Tapi, jangan pandang mudah jika anda rasa penat yang berpanjangan atau cepat penat. Mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan cara hidup anda sama ada dari aspek pemakanan, gaya hidup dan sebagainya.

7 SEBAB UTAMA LETIH DAN PENAT BERPANJANGAN


1. Dehidrasi (Kekeringan air dalam badan)

Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan dan mental boleh terganggu dan lembap. Keadaan ini menyebabkan badan letih dan lemah. Sekiranya anda rasa letih atau tidak mampu berfikir dengan baik, cuba minum 1-2 gelas air dan lihat kesannya.

2. Aktiviti berlebihan

Jika jadual harian anda padat dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan tenaga dan pergerakan yang kerap, anda mungkin mengalami keletihan dari segi mental dan fizikal. Begitu juga jika anda aktif bersukan dan bersenam secara berlebihan, anda akan mengalami keletihan pada otot dan badan. Jenis pekerjaan juga boleh menyebabkan anda keletihan.

3. Ubat-ubatan

Sebenarnya banyak ubat-ubat sintetik yang memberi kesan sampingan negatif seperti rasa letih dan mengantuk. Contohnya ubat bersifat anti-depresi dan ubat yang penghalang beta seperti ubat migrain dan darah tinggi. 

4. Kurang Zat Besi

Zat besi adalah antara unsur mineral yang diperlukan tubuh dalam proses mengangkut oksigen ke sel-sel dan membawa keluar bahan buangan dari sel. Sekiranya anda kekurangan zat besi, fungsi tubuh tidak dapat berfungsi dengan normal hingga menyebabkan anda berasa letih.

5. Tidur kurang berkualiti/ tidak lena

Bukan mudah untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Ramai yang gagal tidur berkualiti disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. tidur yang cukup bukan semata-mata untuk kecantikan, yang lebih penting ia mempengaruhi tahap kesihatan

6. Keadaan Kesihatan

Berhati-hati, keletihan anda mungkin petanda keadaan kesihatan kurang baik. Terdapat beberapa penyakit yang dikaitkan dengan keletihan seperti masalah penghadaman, penyakit berkaitan kardiovasukular, kanser, penyakit autoimun, penyakit hati dan banyak lagi. Mengandung juga boleh menjadi punca anda keletihan.

7. Stress

Keadaan stress seseorang boleh menyumbang kepada keletihan. Orang yang stress akan mudah rasa letih. Bukan setakat tubuh fizikal yang akan letih, mental juga akan turut merasainya.


TANDA/ SIMPTOM KELETIHAN


Kebanyakan orang yang mengalami keletihan mendakwa mereka akan mempunyai salah satu atau kombinasi dari simptom-simptom berikut

  • Kurang bertenaga
  • Rasa tidak selesa
  • Rasa tidak sihat
  • Rasa mengantuk
  • Rasa kurang semangat/ motivasi
  • Sukar beri tumpuan
  • Sukar buat keputusan
  • Sukar sempurnakan tugas harian
  • Rasa tertekan

TIPS ATASI KELETIHAN


1. Tidur berkualiti : tetapkan rutin tidur yang sihat, kosongkan fikiran anda sebelum tidur, dapatkan tidur 
    yang mencukupi kerana waktu tidurlah mental dan fizikal anda berehat setelah seharian bekerja

2. Makan dan minum dengan betul : amalkan gaya pemakanan yang seimbang dan sihat, jangan makan 
    terlalu banyak terutamanya beberapa jam sebelum tidur, kurangkan pengambilan kafein, ambil suplemen 
    untuk mengisi kekurangan nutrisi anda

3. Bersenam : Kajian menunjukkan, individu yang bersenam secara konsisten akan dapat menngurangkan 
    faktor risiko yang menyebabkan keletihan berpanjangan. Badan yang tidak cergas akan mudah keletihan.


SUPLEMEN YANG DAPAT MEMBANTU


Saya juga mengalami keletihan. Sepanjang hari bekerja dan menguruskan rumah tangga memberi kesan kepada tahap kecergasan saya. Bagi saya, selain mengubah cara hidup ke arah gaya yang lebih sihat, saya juga memilih untuk mengambil suplemen dari Shaklee untuk membantu saya menangani masalah keletihan ni. Berikut adalah cadangan untuk mengatasi masalah ini :

  • VitaLea Iron Formula -  mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik
  • Sustainable Release Vita C - mengisi kehilangan vitamin c yang mudah berlaku ketika melakukan aktiviti harian. Membantu meningkatkan sistem imun badan
  • B Complex -  mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Membantu proses metabolisma makanan kepada tenaga serta mengurangkan stress.
  • ESP Soy Protein Isolate Powder -   Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
    rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Juga mambantu mengurangkan stress. 
  • OsteMatrix - mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan menyeluruh. Kalsium membantu kesihatan otot dan saraf serta mendapat tidur lebih lena
  • Cinch Energy Tea Mix - alternatif kepada minuman teh dan kopi kegemaran anda. Membantu meningkatkan tenaga secara semulajadi.
Mahu maklumat lanjut? Huubngi saya..


Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

SAKIT SENDI : Punca, Simptom dan Tips Kesihatan


Pernah tak rasa sakit tiba-tiba di bahagian pinggang, lutut, bahu dll. bila bergerak berlebihan? Masa tu agaknya kita fikir, "Macam orang tua aku ni sakit pinggang pulak.." Silap. Anda memang silap sebenarnya bila berfikir begitu. Sakit sendi BUKAN penyakit orang tua. Sesiapa pun berisiko tanpa mengenal usia. Sekilas fakta Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan penyakit berkaitan sendi :

~ 1 dari 3 rakyat Malaysia terutamanya wanita berisiko mendapat Osteoporosis
~ 50% dari kejadian patah tulang selepas umur 50 tahun adalah disebabkan Osteoporosis
~ 1 dari 1,000 kanak-kanak di Malaysia berisiko mendapat Radang Sendi ( Rheumatoid Arthritis, RA )
~ Risiko penyakit RA menyerang wanita 3 kali ganda dari lelaki
~ 52% pesakit RA di Malaysia tidak dapat kembali bekerja kerana kecacatan disebabkan tidak dapat rawatan awal
~ 42% pesakit RA adalah berumur di bawah 50 tahun

Punca SAKIT SENDI?

Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan 
  1. Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakita sendi
  2. Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
  3. Faktor  usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
  4. Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan
Sendi ada beberapa jenis seperti sendi lesung (bahu, pinggul), sendi engsel (lutut, siku) dan banyak lagi.

Penyakit berkaitan sendi?

  1. Penyakit auto imun seperti  Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus (SLE)
  2. Gout
  3. Arthrithis
  4. Osteoporosis
  5. Tendinitis
  6. Penyakit berjangkit seperti influenza, hepatitis dan rubella

Tanda-tanda sendi tidak sihat

  1. Mudah kejang dan tegang pada sendi
  2. Rasa lenguh-lenguh dan kebas yang berlarutan
  3. Bengkak pada sendi
  4. Rasa sakit pada sendi terutamanya bila bergerak
  5. Bunyi berkeriuk pada sendi

Tips penjagaan kesihatan sendi

  1. Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
  2. Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
  3. Makan makanan yang baik untuk sendi seperti : 
  • Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
  • Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
  • Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
  • Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium
  • Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi

Supplemen SHAKLEE untuk kesihatan/ sakit sendi




1. Joint Health Tablet

  • Membantu mengekalkan tulang rawan sihat
  • Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong kesihatan sendi iaitu : 
            - Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
            - Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
            - Vitamin C, Mangan, Tembaga dan Zink : Memelihara tisu sambungan yang sihat
  • Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari
  • Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta boleh mengganggu penyerapan glukosamina
 2. Omega Guard

  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengandungi Omega 3 yang membantu : - melambatkan degradasi tulang rawan
            - mengurangkan reaksi keradangan dan mengurangkan gejala sakit sendi
            - bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar 
  • Diproses melalui kaedah penyulingan berperingkat untuk membuang bahan kontaminan (plumbum, merkuri dll.) dan mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans
3. Ostematrix

  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengekalkan sel tulang yang sihat
  • Mengurangkan gejala sakit sendi dan tulang
  • Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
  • Terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan
Jom jaga kesihatan sendi. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Hadiahkan set kesihatan sendi ini kepada pasangan, ibu atau bapa tercinta...

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Diet dan pemakanan ketika berpuasa Ramadhan

Ahlan Ya Ramadhan! Bulan penuh kemuliaan yang dinanti-nantikan oleh hambaNYA yang taat. Kerana bulan inilah digandakan segala amalan, dikurniakan malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bualan dan bulan yang penuh dengan keampunan.

Insya Allah, semoga kita semua akan diberi kekuatan untuk mengisi Ramadhan dengan segala amalan yang disunatkan seperti bertadarus, solat tarawikh, bersedekah dan menghidupkan malam. Dan jangan lupa, teruskan segala amalan yang diwajibkan serta sempurnakan puasa dengan sebaiknya kerana Rasulullah ada bersabda:

 “Berapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu dari puasanya selain LAPAR & DAHAGA”.
 (HR Ibn Majah & Nasa'ie)
*Peringatan untuk saya juga yang serba dhoif ini.


Tips Pemakanan ketika bersahur


Saya nak kongsi sedikit info mengenai tip-tips pemakanan ketika bersahur yang boleh membantu anda melalui hari berpuasa dengan lebih baik :
  1. Elakkan minuman berkafein - minuman seperti teh dan kopi boleh menyebabkan anda kerap kencing dan menyebabkan kehilangan garam dan air yang diperlukan dengan lebih cepat
  2. Kurangkan gula/ makanan @ minuman manis - jika berlebihan boleh menyebabkan rasa haus dan tidak selesa pada perut
  3. Kurangkan garam - kandungan garam dalam darah menyebabkan anda cepat berasa haus
  4. Kurangkan makanan pedas dan berminyak yang boleh menyebabkan  perut tidak selesa
  5. Lebihkan serat seperti sayuran dan buahan bagi mengelakkan sembelit 
  6. Ambil protein  seperti daging merah dan minyak ikan kerana ia mengambil masa untuk hadam, memberi rasa kenyang lebih lama
  7. Ambil karbohidrat kompleks seperti kurma, badam, oat, barli, pasta, gandum penuh, kacang soya, kentang, brokoli, kubis  yang boleh membekalkan tenaga lebih lama dalam tubuh anda

Tips pemakanan ketika berbuka puasa


Berbuka puasa waktu paling menggembirakan bagi orang berpuasa. Masa ni nafsu makan membuak-buak. Lebih-lebih lagi dengan deretan juadah yang berbagai dan menggoda. Ingat, jangan ikut hati. Berpada-pada bila makan. Berikut tips pemakanan ketika berbuka puasa : 
  1. Mulakan dengan kurma/ tamar - amalan ini merupakan sunnah yang telah terbukti secara saintifik membantu memberi tenaga segera selepas seharian berpuasa disebabkan kandungan gula, serat dan vitamin yang tinggi dalam kurma
  2. Minum segelas jus buah-buahan segar sebelum makan lebih berat bagi mengelakkan rasa tidak selesa pada perut
  3. Tidak perlu makan berlebihan, berhenti sebelum kenyang bagi mengelakkan rasa mengantuk dan malas bagi meneruskan ibadah seperti solat terawikh. Pastikan hidangan anda seimbang dengan keperluan tubuh.
  4. Minum air masak 2 hingga 3 liter di antara waktu berbuka dan sahur
  5. Kudap sedikit makanan pada waktu minum malam (supper)
  6. Minum susu atau minuman protein sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih lena

Suplemen dan vitamin untuk berpuasa pilihan saya


Bagi saya yang memang mengamalkan pengambilan suplemen dan vitamin, bulan puasa bukan sebab untuk saya hentikan semua tu. Cuma cara pengambilan perlu disesuaikan dengan waktu sahur & berbuka. Dan paling penting, saya tidak 'miss' minuman protein kegemaran saya. Al maklumlah, saya ada masalah gastrik dan menyusukan anak pula. Makanan tambahan boleh membantu saya lebih bertenaga menjalankan ibadah puasa. Apa yang saya ambil?

MEAL REPLACEMENT - Mighty Tripple M
MEAL SHAKES :
  • Mengandungi protien + multivitamin yang lengkap
  • Membantu untuk penghasilan sel baru yang sihat
  • Baik untuk perkembangan otak
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengandungi fiber yang boleh membantu masalah sembelit akibat kurang makan sayur dan buah
  • Rasa sedap - sesuai untuk sekeluarga
  • Snek yang mengenyangkan bagi menggantikan snek tidak sihat

ENERGISING SOY PROTEIN :
  • Membekalkan tenaga 
  • Memberikan rasa kenyang lebih lama
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membantu melancarkan penghasilan susu badan
  • Memperbaiki dan membina tisu badan
  • Membantu menganjalkan kulit

PERFORMANCE :
  • Minuman isotonik yang kurang gula (less sugar).
  • Lebih mudah diserap oleh tubuh
  • Membantu mengurangkan rasa penat
  • Membantu menaikkan paras gula dalam darah dengan segera apabila diperlukan
  • Mengekalkan tenaga dan stamina
  • Mengalirkan elektrolit ke seleruh badan (termasuk kalsium, natrium & magnesium)
  • Membantu mengurangkan  rasa haus 
Selain itu, saya teruskan pengambilan vitamin asas seperti:

  • Multivitamin dengan zat besi : membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan badan
  • B Complex : membantu proses metabolisma makanan kepada tenaga
  • Vitamin C : membantu meningkatkan imuniti
  • Omega 3 dari minyak ikan : lemak baik yang membantu ketika berpuasa
  • Kalsium-Magnesium : membantu kesihatan saraf dan tulang & mendapat tidur lebih lena

Anda bagaimana? Nak tahu lebih lanjut atau ingin mencuba? Hubungi saya ye...

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

KONTROVERSI VITAMIN C : Macam mana nak pilih?

Tablet/ Pil vitamin C direkomen oleh 'Pakar Kulit'


Saya sedikit keliru bila tengok lambakan vitamin c (kapsul) yang dijual secara online di laman sosial. Itu belum cerita tentang suntikan vitamin c yang dikatakan sangat berkesan untuk tegang-tegang dan gebu-gebukan kulit. Yang anehnya, walaupun vitamin c ini didakwa disyorkan oleh pakar kecantikan dan pakar kulit, vitamin asli 100%, mempunyai pengesahan HALAL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) .... bila saya tanya jenama apa, penjual tak nak beritahu. Macamana jika saya nak sahkan status Halal atau kelulusan KKM atau bagaimana jika saya nak tengok jurnal online berkenaan Clinical Test yang menunjukkan vitamin C ni memang terbukti berkesan seperti didakwa 'pakar kulit' tersebut. Setahu saya, pembeli ada hak nak tahu maklumat barang yang dibeli sebelum buat keputusan untuk beli. dah tentu tiada orang yang nak bahayakan diri dengan produk yang tidak diketahui latar belakangnya, semata-mata kerana nak gebu dan anjal sana sini. Tapi kesan jangka masa panjang mungkin membahayakan kesihatan. 


Suntikan vitamin C


Sekarang ni ada juga yang lebih berminat dengan suntikan vitamin c. Bab ni lagi saya lemah. nak cucuk-cucuk macam tak berapa minat. Survey punya survey, harga memang boleh tahan. Ada yang murah RM100 hingga yang mahal RM1000 sekali suntik. Kemudian bagi sesetengah rawatan tu perlu disuntik setiap minggu selama dua bulan, ada yang kena suntik 2-3 hari sekali. Kesannya dikatakan cepat bagi hilangkan garis-garis halus di muka. Kulit lembap, tegang dan gebu dalam beberapa minggu sahaja. Tapi sayang, kebanyakannya belum lagi diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. Dan lebih menyedihkan, ada suntikan vitamin C digabung dengan porcine (lemak khinzir) untuk lebih berkesan. Status HALAL memang agak sukar disahkan.




Pilihan saya


Saya memilih vitamin C yang diambil melalui oral (makan).  Ringkas, mudah dan lebih selesa bagi saya. Berikut adalah panduan memilih suplemen vitamin c di pasaran oleh Dr. Bruce Miller :
  1. Amaun vitamin C adalah mencukupi dan tidak berlebihan - USFDA mencadangkan pengambilah harian vitamin C adalah 90 mg sehari dan tidak lebih dari 2,000 mg sehari.
  2. Bersifat pelepasan masa (sustainable release) - lebih mudah digunakan tubuh
  3. Membekalkan bioflavanoid - membantu keberkesanan vitamin c
  4. Semulajadi - tanpa penggunaan pewarna/ perasa tiruan, bahan pengawet, diekstrak dari tumbuhan, bukan sintetik
  5. Telah diuji secara klinikal - dibuktikan keberkesanannya secara klinikal

Keistimewaan Vitamin C SHAKLEE?

  • Diproses dengan pemanasan minimum, tanpa bahan kimia bagi kekalkan keaslian
  • Sustained Release - dilepaskan 100mg setiap jam dalam tempoh 5 jam, berkuasa selama 24 jam
  • Mengandungi Bioflavonoid - co factor vitamin C bagi membantu tindakbalas secara semulajadi. 
  • Clinically tested - boleh dapat maklumat di sini
  • Tiada pewarna/ perasa tiruan, pengawet atau bahan kimia
  • HALAL dari Islamic Services of America (ISA) dah diiktiraf JAKIM - semak di sini
  • Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia
  • khasiat bersamaan 7 biji oren 

Jom borong vita-C Shaklee... contact me for details...

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

*TESTIMONI : DISAHKAN MENGANDUNG SETELAH HAMPIR DUA TAHUN MENANTI!

Sangat gembira dan bersyukur dapat berita dari seorang kenalan saya, Pn. Ros disahkan mengandung baru-baru ni. Saya faham perasaan tu, sebab saya sendiri menunggu selama hampir tiga tahun untuk anak pertama (baca kisah saya di sini)

Pn. R ni dah cuba mengandung secara natural selama hampir dua tahun. Alhamdulillah, beliau tiada masalah kesihatan cuma belum rezeki lagi menimang cahaya mata. Antara usaha beliau termasuklah mencuba beberapa produk di pasaran yang popular untuk pasangan yang mahukan zuriat. Akhirnya melalui seorang kawan yang memperkenalkan kepadasaya,  Pn. Ros  mencuba SET FAMILY WELLNESS dan GLA Complex yang saya cadangkan. Selama dua bulan lebih Pn. Ros  dan suami konsisten amalkan set ini, akhirnya dengan izin Allah baru-baru ni beliau disahkan mengandung. Nampaknya produk Shaklee ni serasi dengan Pn. Ros  dan suami. Oh ye... ada tips-tips eksklusif dan cara pengambilan suplemen yang saya kongsi secara khusus dengan Pn. Ros sepanjang tempoh hampir tiga bulan tu.  Kawan2 doakan ye Puan R ni supaya diberi kesihatan dan dikuatkan ibu & anak hingga selamat melahirkan...




CADANGAN SUPLEMEN/ SET SHAKLEE UNTUK KESUBURAN

Sebenarnya semua wanita boleh mengandung secara semulajadi jika tidak mengalami masalah kesihatan. Cuma bagi sesetengah individu, terdapat 'nutrient gap' disebabkan cara hidup dan cara makan yang tidak dapat menampung keperluan tubuh atau menyebabkan nutrien tidak sampai ke dalam sistem tubuh. Bila masalah kekurangan nutrien ini berlaku, proses normal badan tidak dapat berjalan dengan sempurna termasuk mengganggu kesuburan/ proses kehamilan.

Suplemen atau makanan tambahan BUKAN untuk membuatkan kita mengandung. Sebenarnya ia membantu sel tubuh badan lebih sihat, proses normal manusia berjalan lancar dan badan lebih bersedia untuk mengandung. Berikut adalah cadangan suplemen untuk kesuburan  

1. Family Wellness Set

Vita Lea iron Formula : 

  • membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan tubuh.
  • mengandungi Asid Folik - meningkatkan kesuburan wanita, memperbaiki kualiti dan kualiti sperma dan mengurangkan risiko masalah kecacatan tulang belakang bayi yang bakal lahir

Sustainable Release Vita-C : 

  • bersifat antioksidan, yang melindungi kerosakan sperma akibat radikal bebas dan bahan kimia seperti asap rokok dan semburan racun serangga yang boleh mengancam sel.

B Complex :

  • mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk menukar makanan ke bentuk tenaga
  • B 6 - membantu memanjangkan waktu subur
  • B 12 - membantu meningkatkan kuantiti sperma

Energising Soy Protein : 

  • mengandungi isofalavin yang dikatakan alternatif kepada Clomid (ubat subur) kerana sifatnya sebagai reseptor estrogen semulajadi
  • mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan tubuh
  • Arginine membantu proses penebalan dinding uterus untuk pelekatan ovum yang telah disenyawakan
  •  

2. GLA Complex (Gamma Linolenic Acid )

  • membantu dalam keseimbangan hormon progesteron pada wanita.
  • membantu peningkatan mukus pada serviks ketika ovulasi yang sangat 'disukai' oleh sperma

3. Vita - E Complex with Selenium

  • membantu penghasilan hormon estrogen pada lelaki dan progesteron pada wanita yang memberi kesan terhadap keinginan seks dan tarikan seksual
  • membantu proses persenyawaan
  • Selenium membantu dalam pergerakan sperma dan antioksida yang melindungisel dari rosak

4. Zinc Complex

  • membantu proses penghasilan hormon testosterone pada lelaki 
  • membantu tindakan hormon progesteron dan estrogen yang lebih baik pada wanita
Jom bakal-bakal ibu /bapa di luar sana, kita tingkatkan peluang menimang cahaya mata dengan membekalkan badan dengan mineral dan vitamin yang diperlukan! Insya Allah, semoga dipermudahkan..

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

TESTIMONI: HAZIM TAK CEREWET MAKAN LAGI DENGAN MEALSHAKE


Cerita Ija sebelum ni, anaknya Hazim (1 tahun lebih) memang tak berapa selera nak makan. Susah hati la ibunya. Berat pun tak berapa cantik naiknya. Alhamdulillah lepas hampir dua minggu ambil Mealshake Shaklee, dah mula nampak perubahan. Laga hati ibu, anak dah mula minta makanan...

SEDIKIT FAKTA MEALSHAKE

  • mengandungi protien + multivitamin yang lengkap
  • membantu untuk penghasilan sel baru yang sihat
  • baik untuk perkembangan otak
  • mEningkatkan sistem imun tubuh
  • mengandungi fiber yang boleh membantu kanak-kanak sembelit akibat kurang makan sayur dan buah
  • rasa sedap - sesuai untuk sekeluarga
  • meningkatkan selera JIKA anda mengalaminya
  • snek yang mengenyangkan bagi menggantikan snek tidak sihat
Jom, cuba mealshake! Sedap dan berkhasiat tak menyesal cuba...

*Testimoni ini adalah pengakuan pengguna, kesan mungkin berbeza mengikut individu

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

TESTIMONI SET KULIT : Jerawat mengecut, pori mengecil dalam 3 minggu


Semakin ramai yang berpuas hati dengan set Skin Care dari dalam ni. Berikut adalah salah atu pengakuan pengguna :

Berminat tahu lebih lanjut? hubungi saya.....

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

3 PERSEDIAAN PENTING IBU HAMIL DAN MENYUSU HADAPI BULAN PUASA

Alhamdulillah, Ramadhan bakal tiba lagi. Saya tahu, ramai ibu-ibu yang menyusukan anak buat kali pertama (terutamanya) akan sedikit risau bagaimana nak teruskan penyusuan eksklusif semasa berpuasa.



Kelonggaran Berpuasa bagi Ibu Mengandung dan Menyusukan


Islam agama yang sempurna, tidak sesekali dibuat sesuatu kewajipan untuk menyusahkan umatNya. Jadi, paling penting untuk kita mulakan dengan berfikiran positif, yakin dan bertawakal pada Allah dalam isu ni. Kadang-kadang kita je yang terlebih risau benda yang tak sepatutnya dirisaukan. Tapi dengan syarat, kita dah ambil segala langkah berhati-hati dan persiapan mencukupi... barulah boleh kita tawakal.

Allah S.W.T. telah memberi kelonggaran (rukhsoh) dalam puasa bagi ibu yang mengandung dan menyusukan. Jika tidak mampu berpuasa, ibu boleh meninggalkan puasa tetapi perlu menqadha' (mengganti) puasa tersebut di bulan-bulan lain. Pahala puasa tersebut memang tidak sama sebagaimana berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi kita dapat peluang melaksanakan kewajipan tersebut di bulan lain.... indahkan?

Jadi, sebab itu sebolehnya jika mampu, ibu boleh laksanakan puasa dalam bulan Ramadhan bagi mengambil peluang keistimewaan puasa yang tiada di bulan lain. Ramai ibu yang dah berjaya lakukannya. Insya Allah dengan persiapan yang cukup, takde ibu yang akan tinggalkan puasa Ramadhan atas sebab menyusukan anak.

Pengalaman saya menyusukan anak secara eksklusif di bulan Ramadhan


Sudah tiga kali saya berpuasa ketika menyusukan anak dan empat kali ketika mengandung. Alhamdulillah, saya tidak meninggalkan puasa kerana sebab selain dari didatangi haid. Memang cabarannya kuat berbanding berpuasa semasa mengandung. Bila kita konsisten menyusu dan mengepam ketika puasa, badan boleh jadi lemah dan kehausan yang amat sangat akan terasa. Peringkat awal puasa memang agak sukar. Insya Allah selepas beberapa hari keadaan akan jadi lebih baik. Yang penting, persediaan kita mesti mencukupi.

Persediaan berpuasa bagi ibu menyusu

  1. Persediaan stok EBM : Buat rancangan mengumpul stok beberapa bulan sebelum Ramadhan. Walaupun kajian menunjukkan production susu dari segi kuantiti tidak terjejas disebabkan puasa, lebih baik kita bersedia lebih awal sebagai langkah berhati-hati
  2. Berfikiran positif : Yakinlah bahawa kita mampu melalui tempoh puasa dengan baik. Jangan fikir mengenai kemungkinan production drop atau anak tidak cukup susu. Mohonlah dengan Allah untuk bantu perjalanan penyusuan ini.
  3. Pemakanan : Makanan yang berkhasiat sangat penting ketika menyusukan anak dalam bulan puasa. Ini kerana, kajian menunjukkan kualiti nutrien dalam susu ibu akan menurun ketika berpuasa walaupun kuantitinya tidak terjejas.

    • Lebihkan serat (Fiber) - ambil makanan yang tinggi dengan serat seperti kurma, oat dan buah-buahan/ sayur-sayuran kerana ia dapat mengurangkan asid dalam peut yang boleh menyebabkan gastrik, pedih ulu hati dan byk lagi.
    • Cukup minum air - di antara waktu berbuka dan bersahur, cuba minum air sebanyak mungkin atau sekurang-kurangnya mencukupi keperluan harian ibu (2-3 liter air bagi purata berat badan 50kg). Ia penting bagi mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa.
    • Cukup Protein dan Karbohidrat - sumber protein seperti daging, kacang soya, susu; dan karbohidrat seperti roti dan nasi adalah perlu mencukupi jika ibu menyusu dan berpuasa kerana tenaga harian ditukar dari makanan-makanan ini
    • Pastikan ambil mineral, vitamin dan gula secukupnya - pengambilan mineral dan vitamin boleh membantu mengisi kekurangan zat yang diperlukan badan kerana semasa berpuasa, ibu cenderung tidak dapat memenuhi keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk sistem badan berfungsi dengan sempurna. Pengambilan gula sihat dari jus buahan atau minuman glukos semasa berbuka adalah cara memulihkan tenaga secara cepat selepas berpuasa.
    • Kurangkan makanan tertentu - sesetengah jenis makanan perlu dikawal dan dikurangkan seperti makanan pedas, berminyak, berkafein dan bergula tinggi (terutama jika anda diabetik)

Produk Shaklee untuk ibu hamil/ menyusu menghadapi bulan puasa 

Saya mengamalkan produk Shaklee ketika menyusukan dan berpuasa. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya rasa lebih bertenaga dan dapat meneruskan ibadah puasa tanpa masalah.


SET BREASTFEEDING - Kegemaran Saya!

Kandungan  : 
  • Energising Soy Protein - minuman soya yang bantu masalah gastrik saya, memberi tenaga berpanjangan
  • Vita-Lea - mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk isi 'vitamin gap' saya
  • Vita-C - tingkatkan imuniti saya
  • B Complex - bantu pecahkan makanan kepada tenaga - kurangkan letih dan lesu saya
  • OsteMatrix - bekalan kalsium saya
Bila puasa, paling penting saya tambah PERFORMANCE DRINK - mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa, bantu imbangkan cecair badan saya!
Jadi, ibu-ibu jangan risau sangat ye pasal berpuasa ketika menyusu. Insya Allah, cuba buat persediaan awal dan jaga pemakanan anda. Kita doa dan yakin serta tawakal setelah berusaha.

Hubungi saya untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat mengenai topik ini. Dapatkan produk beserta konsultasi terbaik sekarang!


Proud to be Muslim Breastfeeding Mum!

ZETI HAFIZA
019-936 66681

Nak Kurus : Set Pengurusan Berat Badan Shaklee


Wah... mengerikan... Kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia, 60% rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan samada overweight atau obesiti seawal usia kanak-kanak lagi. Masalah yang paling dirisaukan, obesiti ni boleh menyebabkan risiko penyakit meningkat contohnya penyakit jantung, darah tinggi, stroke, buah pinggang dan diabetes.

Program Diet Yo-yo

Dalam pasaran tempatan memang banyak produk-produk diet, menunjukkan memang betullah rakyat Malaysia ni ramai yang perlu kuruskan badan. Biasanya kitaran diet untuk kuruskan badan adalah begini :


Muak dan serik dengan program diet? Kenapa banyak program diet gagal?


Memang ada sesetengah program diet di pasaran yang boleh menurunkan berat badan dengan cepat atau dengan kehilangan berkilo-kilo banyaknya. Tapi selalu jugak berlaku, berat badan naik kembali selepas satu-satu tempoh. Diet ni dipanggil diet yo-yo, yang berlaku bila kita gagal melepasi tahap pembakaran lemak yang sihat. Macam mana tu?


  1. Bila berdiet, kalori badan dikurangkan
  2. Sistem badan akan dapat signal 'kebuluran'
  3. Sebagai tindak balas pada signal tu, badan akan set mod 'survival'
  4. Dalam mod 'survival', tenaga dijimatkan dengan melambatkan proses metabolisma badan
  5. Badan akan cuba mengekalkan lemak yang ada selagi boleh. 
  6. Oleh kerana badan perlukan tenaga, bukan sahaja lemak dibakar. Otot juga dibakar. 
  7. Bila otot terbakar tanpa dibina semula, kadar metabolisma akan bertambah lambat.
  8. Pada masa ini lah kita biasanya boleh gagal kerana badan akan berasa letih, lapar dan teringin nak makan macam-macam
  9. Jika kita kembali pada tabiat pemakanan lama, berat badan akan bertambah semula. Lebih mengecewakan, berat bertambah disebabkan tambahan lemak, bukan otot.

Kelebihan program pengurusan berat badan (slimming) Shaklee

Program Kurus @ Set Slimming (weight management) Shaklee adalah istimewa dan unik kerana :
  • dibuat untuk memecah kitaran (break cycle) diet biasa
  • membakar lemak yang tak diperlukan (berlebihan)
  • diformulasi dengan Leucine - asid amino yang membantu mengekalkan otot ketika proses pembakaran lemak. Apabila otot dikekalkan, kadar metabolisma tidak menurun - proses pembakaran lemak lebih berkesan
  • Tidak mengandungi sebarang perasa, pewarna tiruan atau pengawet
  • Dijamin 100% semulajadi, menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa penggunaan unsur sintetik
  • Telah diiuji secara klinikal 
 Secara asasnya, set slimming untuk program pengurusan badan terdiri dari :
  1. Cinch Shake Mix : didatangkan dalam perasa coklat, vanilla dan cafĂ© latte. Protein soya membantu rasa kenyang serta mengandungi Leucine™ untuk membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan. 
  2. Cinch® Energy Tea Mix : gabungan teh putih, merah dan hijau yang enak dan sesuai menggantikan minuman harian yang berkafein, kendungan gula tinggi atau berkarbonat. Cara selamat untuk meningkatkan tenaga 'energy booster' semasa proses penurunan berat badan. 
  3. Lecithin : diekstrak soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh.
  4. Alfalfa Complex : ramuan herba Alfalfa yang kaya dengan pelbagai mineral dan vitamin. Bahan serat (fiber) penting untuk membantu pengeluaran lemak yang telah dipecahkan
  5. Herblax : kombinasi dari tumbuhan herba yang terkenal secara tradisional membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Membantu proses nyahtoksin (detox) bagi melancarkan program diet anda.
Selain di atas, program slimming Shaklee juga ada beberapa pilihan bersesuaian dengan bajet dan keadaan anda. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.. :D


Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Kenapa Vitamin C penting untuk semua?

Vitamin C memang vitamin paling biasa kita kenal sejak kecil lagi. Bahkan kebanyakan suplemen pertama yang diperkenalkan ialah vitamin c yang selalu kita ingat sebagai 'pil warna oren dan berperasa oren'. Teringat dulu masa masuk KUIZ KESIHATAN masa Darjah 6 (Wakil Negeri Melaka, you know!) Paling hafal pasal SCURVY - kesan kekurangan vitamin C. Masa tu tak tau la macam mana rupa scurvy... Ni dah tau, rasa ngeri pulak. Na'uzubillah la dapat gigi macam ni rupa...




SUMBER VITAMIN C


Vitamin C ini sebenarnya tak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita walaupun badan sangat perlukannya. Hanya melalui makanan kita dapat bekalkan vitamin C yang diperlukan oleh sel. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah sayur-sayuran dan buah-buahan. Di antara makanan yang kaya dengan vitamin C:
  1. Oren
  2. Kiwi
  3. Strawberi
  4. Brokoli
  5. Kentang
  6. Keledek
  7. Lada benggala
  8. Tomato
  9. Mangga
  10. Betik
... dan banyak lagi....


FUNGSI VITAMIN C DALAM TUBUH MANUSIA


Paling biasa dengar, vitamin C ni kena makan bila kena selsema. Jangan salah faham, vitamin C ni bukan ubat ye. Sebenarnya ia satu unsur yang badan perlukan untuk berfungsi secara normal. Antara fungsi vitamin C sebenarnya : 
  • membina sel baru
  • membaiki sel rosak
  • meningkatkan sistem imun tubuh
  • antioksida yang menghalang kerosakan tisu yang disebabkan radikal bebas
  • mencegah penyakit Skurvi
  • penting untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan
  • meningkatkan penyerapan zat besi (iron) dalam tubuh
  • membantu pembentukan collagen 
  • membantu pencegahan sesetengah kanser seperti kanser paru-paru, payudara dan sebagainya.

SIAPA YANG PATUT AMALKAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN VITAMIN C?


Sebenarnya semua orang perlukan vitamin C. Tapi bagi sesetengah individu, keperluan vitamin C adalah sangat tinggi seperti : 
  • perokok aktif/ pasif
  • ibu mengandung /menyusu / lepas bersalin
  • dalam proses penyembuhan penyakit/ selepas pembedahan
  • kanak-kanak
  • orang yang mudah demam dan selsema
  • orang yang mudah stress dan moody
  • pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, kolesterol tinggi dan darah tinggi
  • mereka yang mempunyai masalah anemia 
  • mereka nak kulit gebu, anjal dan awet muda (testimoni di sini)
  • penting untuk kesihatan seksual (baca fungsi vitamin C terhadap fungsi seksual di sini)

KENAPA PERLU SUPLEMEN VITAMIN C?


  • ia mudah rosak akibat aktiviti pemprosesan, memasak, penyimpanan dan lain-lain lagi. Stress pun boleh rosakkan vitamin c dalam badan kita
  • sel badan kita rosak dan diperbaharui setiap hari
  • vitamin C dari sumber semulajadi mungkin telah tercemar atau kurang nutrien akibat tanah yang kurang subur
  • pengambilan makanan harian tidak dapat menampung keperluan tubuh

CARA PILIH SUPLEMEN VITAMIN C?


  1. Amaun vitamin C adalah cukup memenuhi keperluan harian dan tidak lebih dari dos selamat. Ini kerana,  ia akan digunakan setakat mana diperlukan badan pada masa tu dan selebihnya akan larut air dan keluar melalui urin dan peluh. 
  2. Bersifat 'Pelepasan Masa' (Sustainable Release) sebab jenis ini lebih mudah diserap tubuh.
  3. Mengandungi Bioflavonoid yang seimbang dengan kandungan vitamin. Tugas bioflavonoid ni untuk elak vitamin c teroksida & badan dapat serap lebih baik
  4. Sumber dari bahan semulajadi (bukan sintetik) sebab sistem badan lebih mngenali bentuk semulajadi berbanding sintetik
  5. Ada ujian klinikal - tak semua suplemen telah diuji dan terbukti berkesan secara klinikal! 


VITAMIN PILIHAN SAYA : 


Sudah tentulah SHAKLEE! Sebab ia berbeza dengan jenama lain di pasaran... Nanti saya akan kongsi keistimewaan Vitamin C Shaklee.. Nak tahu lanjut, hubungi saya..




Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.