Pages

3 PERSEDIAAN PENTING IBU HAMIL DAN MENYUSU HADAPI BULAN PUASA

Alhamdulillah, Ramadhan bakal tiba lagi. Saya tahu, ramai ibu-ibu yang menyusukan anak buat kali pertama (terutamanya) akan sedikit risau bagaimana nak teruskan penyusuan eksklusif semasa berpuasa.



Kelonggaran Berpuasa bagi Ibu Mengandung dan Menyusukan


Islam agama yang sempurna, tidak sesekali dibuat sesuatu kewajipan untuk menyusahkan umatNya. Jadi, paling penting untuk kita mulakan dengan berfikiran positif, yakin dan bertawakal pada Allah dalam isu ni. Kadang-kadang kita je yang terlebih risau benda yang tak sepatutnya dirisaukan. Tapi dengan syarat, kita dah ambil segala langkah berhati-hati dan persiapan mencukupi... barulah boleh kita tawakal.

Allah S.W.T. telah memberi kelonggaran (rukhsoh) dalam puasa bagi ibu yang mengandung dan menyusukan. Jika tidak mampu berpuasa, ibu boleh meninggalkan puasa tetapi perlu menqadha' (mengganti) puasa tersebut di bulan-bulan lain. Pahala puasa tersebut memang tidak sama sebagaimana berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi kita dapat peluang melaksanakan kewajipan tersebut di bulan lain.... indahkan?

Jadi, sebab itu sebolehnya jika mampu, ibu boleh laksanakan puasa dalam bulan Ramadhan bagi mengambil peluang keistimewaan puasa yang tiada di bulan lain. Ramai ibu yang dah berjaya lakukannya. Insya Allah dengan persiapan yang cukup, takde ibu yang akan tinggalkan puasa Ramadhan atas sebab menyusukan anak.

Pengalaman saya menyusukan anak secara eksklusif di bulan Ramadhan


Sudah tiga kali saya berpuasa ketika menyusukan anak dan empat kali ketika mengandung. Alhamdulillah, saya tidak meninggalkan puasa kerana sebab selain dari didatangi haid. Memang cabarannya kuat berbanding berpuasa semasa mengandung. Bila kita konsisten menyusu dan mengepam ketika puasa, badan boleh jadi lemah dan kehausan yang amat sangat akan terasa. Peringkat awal puasa memang agak sukar. Insya Allah selepas beberapa hari keadaan akan jadi lebih baik. Yang penting, persediaan kita mesti mencukupi.

Persediaan berpuasa bagi ibu menyusu

  1. Persediaan stok EBM : Buat rancangan mengumpul stok beberapa bulan sebelum Ramadhan. Walaupun kajian menunjukkan production susu dari segi kuantiti tidak terjejas disebabkan puasa, lebih baik kita bersedia lebih awal sebagai langkah berhati-hati
  2. Berfikiran positif : Yakinlah bahawa kita mampu melalui tempoh puasa dengan baik. Jangan fikir mengenai kemungkinan production drop atau anak tidak cukup susu. Mohonlah dengan Allah untuk bantu perjalanan penyusuan ini.
  3. Pemakanan : Makanan yang berkhasiat sangat penting ketika menyusukan anak dalam bulan puasa. Ini kerana, kajian menunjukkan kualiti nutrien dalam susu ibu akan menurun ketika berpuasa walaupun kuantitinya tidak terjejas.

    • Lebihkan serat (Fiber) - ambil makanan yang tinggi dengan serat seperti kurma, oat dan buah-buahan/ sayur-sayuran kerana ia dapat mengurangkan asid dalam peut yang boleh menyebabkan gastrik, pedih ulu hati dan byk lagi.
    • Cukup minum air - di antara waktu berbuka dan bersahur, cuba minum air sebanyak mungkin atau sekurang-kurangnya mencukupi keperluan harian ibu (2-3 liter air bagi purata berat badan 50kg). Ia penting bagi mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa.
    • Cukup Protein dan Karbohidrat - sumber protein seperti daging, kacang soya, susu; dan karbohidrat seperti roti dan nasi adalah perlu mencukupi jika ibu menyusu dan berpuasa kerana tenaga harian ditukar dari makanan-makanan ini
    • Pastikan ambil mineral, vitamin dan gula secukupnya - pengambilan mineral dan vitamin boleh membantu mengisi kekurangan zat yang diperlukan badan kerana semasa berpuasa, ibu cenderung tidak dapat memenuhi keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk sistem badan berfungsi dengan sempurna. Pengambilan gula sihat dari jus buahan atau minuman glukos semasa berbuka adalah cara memulihkan tenaga secara cepat selepas berpuasa.
    • Kurangkan makanan tertentu - sesetengah jenis makanan perlu dikawal dan dikurangkan seperti makanan pedas, berminyak, berkafein dan bergula tinggi (terutama jika anda diabetik)

Produk Shaklee untuk ibu hamil/ menyusu menghadapi bulan puasa 

Saya mengamalkan produk Shaklee ketika menyusukan dan berpuasa. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya rasa lebih bertenaga dan dapat meneruskan ibadah puasa tanpa masalah.


SET BREASTFEEDING - Kegemaran Saya!

Kandungan  : 
  • Energising Soy Protein - minuman soya yang bantu masalah gastrik saya, memberi tenaga berpanjangan
  • Vita-Lea - mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk isi 'vitamin gap' saya
  • Vita-C - tingkatkan imuniti saya
  • B Complex - bantu pecahkan makanan kepada tenaga - kurangkan letih dan lesu saya
  • OsteMatrix - bekalan kalsium saya
Bila puasa, paling penting saya tambah PERFORMANCE DRINK - mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa, bantu imbangkan cecair badan saya!
Jadi, ibu-ibu jangan risau sangat ye pasal berpuasa ketika menyusu. Insya Allah, cuba buat persediaan awal dan jaga pemakanan anda. Kita doa dan yakin serta tawakal setelah berusaha.

Hubungi saya untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat mengenai topik ini. Dapatkan produk beserta konsultasi terbaik sekarang!


Proud to be Muslim Breastfeeding Mum!

ZETI HAFIZA
019-936 66681

No comments:

Post a Comment