Pages

5 sebab saya tak suka minum air kosong .. suatu masa dulu


kredit picture to : Nurad's

Dulu, saya memang tak berapa gemar minum air kosong @ air masak @ air mati @ air mineral dan sewaktu dengannya... Pendek kata, jika air minuman tu tak bewarna dan tidak ada perasa, saya memang tak berminat nak minum. Kalau saya minum pun, sikit je la. Memang tak cukup memenuhi keperluan yang dicadangkan oleh WHO. Bila difikirkan, ada 5 sebab saya tak minat minum air kosong :
  1. Rasa tak sedap - macam pahit dan payau sikit
  2. Loya bila minum - nak muntah bila minum banyak
  3. Tak menarik - tiada warna
  4. Malas nak melawat toilet selalu
  5. Tak biasa - dari dulu tiap kali lepas makan minum air sirap ke, sarsi atau oren
Memang saya tak berkesedaran tentang kepentingan minum air kosong secukupnya terhadap badan manusia. Hinggalah saya menghadapi masalah ketika mengandung anak kedua beberapa tahau lepas. Ketika itu, saya mendapat batuk yang berpanjangan hingga 5 bulan lamanya. Kalau tak silap, lebih 5 jenama ubat batuk saya dah cuba, tak termasuk ubat batuk yang doktor beri. Petua pun dah macam-macam cuba. Doktor pun dah ambil sampel kahak, air liur dan najis untuk diuji. Mulanya doktor sangka saya terkena jangkitan Virus atau Tibi. Pada masa yang sama juga saya mengalami kencing kotor. Memang menyakitkan bila nak buang air kecil. Mula-mula saya buat tak tahu sahaja, sehinggalah saya kencing berdarah barulah saya naik takut.

Walaupun telah mendapat rawatan doktor, saya masih batuk dan tidak lawas kencing. Sewaktu mengandung, antibodi tubuh memang rendah. Sebab itu saya mudah mendapat batuk dan kencing kotor. Doktor nasihatkan saya minum air kosong secukupnya, hingga 3 liter sehari untuk membantu masalah saya. Saya agak skeptikal ketika itu, tak yakin hanya dengan minum air masalah dapat selesai. Bukannya saya tidak minum air, cuma mungkin tak cukup dan bukan air kosong seperti yang disarankan.

Mahu tak mahu, saya tabahkan hati untuk meneguk air kosong setiap hari mengikut nasihat doktor. Itupun setelah saya tidak tahan menderita batuk dan kencing kotor yang memang menyakitkan lebih-lebih lagi jika anda mengandung. Sebagai permulaan, saya amalkan tips ini untuk konsisten minum air kosong :
  1. Sebaiknya minum air yang ditapis - lebih sedap, air paip yang dimasak masih ada rasa/ bau klorin
  2. Minum air suam/ panas/ sejuk - lebih mudah melalui tekak berbanding air bersuhu bilik
  3. Sediakan bekas minuman yang mudah digunakan - tumbler saya warna hijau, ada tempat minum yang senang digunakan
  4. Letak target banyak mana perlu diminum ikut masa - saya guna tumbler 1 Liter, target minum 1 botol dari mula masuk pejabat hingga waktu 'lunch', botol kedua dari lepas lunch hingga balik dari pejabat dan botol ketiga mesti habis sebelum tidur
  5. Bawa botol minuman ke mana sahaja - ke pejabat, shopping, outstation, jogging etc. 
Mula-mula memang susah untuk diamalkan. Lama-kelamaan bila dah terbiasa, saya akan rasa sangat haus bila tak cukup air dan yang lebih menarik, saya semakin kurang minum minuman yang manis-manis kerana rasa tidak puas berbanding minum air kosong. Alhamdulillah, sekarang saya makin konsisten minum air kosong ni dan banyak membantu saya 'maintain' badan, kesihatan, menyusukan anak dan kesihatan kulit.

Masalah yang mungkin timbul jika anda kekurangan air :
  1. Letih/ kurang tumpuan - toksin dalam badan tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya kerana kekuranga air, menyebabkan anda berasa letih
  2. Sakit kepala - otak manusia 85% terdiri dari air. 
  3. Sembelit - air diperlukan untuk bawa keluar bahan buangan anda
  4. Kencing tak lawas - lebih teruk boleh jadi kencing kotor, kerosakan buah pinggang dan batu karang
  5. Mata tidak normal - mata kelihatan tenggelam, warna gelap sekeliling soket mata atau timbul 'eye bag' 
  6. Kejang otot - darah bawa oksigen (dari air) ke otot ketika anda bergerak. Tak cukup air, tak cukuplah oksigen yang diperlukan otot menyebabkan kekejangan
  7. Tekanan darah tinggi - bila badan cuba sesuaikan diri dengan kekurangan air dalam badan, boleh menyebabkan tekanan darah tinggi
  8. Mulut kering, nafas berbau - bakteria berkumpul dalam mulut anda apabila kekurangan air
  9. Pedih ulu hati - berlaku bila saluran penghadaman sebelah atas kekurangan air
  10. Kulit kering, bersisik - sel kulit kurang elastik dan kering apabila kurang air
  11. Sakit belakang, arthritis - air adalah 'water cushion' pada tulang belakang dan penting untuk fungsi sel kartilaj pada sendi
  12. Kolesterol tinggi - kolesterol dihasilkan lebih apabila kekurangan air kerana ia berfungsi seperti lapisan tanah liat yang berperanan melindungi sel dari kehilangan air 
  13. Obes/ berat berlebihan - bila kekurangan air, otak akan menerima 'signal' badan memerlukan lebih makanan yang mengandungi banyak air. Tetapi berat boleh naik berlebihan jika anda makan lebih makanan yang kaya karbohidrat berbanding makanan yang kaya air akibat salah tafsir 'signal' tubuh
  14. Asthma - jika kurang pengambilan air, air dalam badan akan digunakan sebagai ganti untuk menyediakan laluan udara yang lembap semasa cuaca sejuk. Keadaan ini boleh menyebabkan asthma
dan banyak lagi...

Jom, ubah tabiat anda.. minum air secukupnya!

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

No comments:

Post a Comment