Selamat Hari Guru!
Dulu-dulu bila tiba Hari Guru, mesti ada buat sambutan di sekolah. Masa tu ramailah anak murid berebut-rebut bagi hadiah kepada guru kesayangan mereka. Zaman saya dulu hadiah yang selalu diberi samada kad ucapan, bunga plastik, mug, plak kayu yang ada tulisan/ ucapan, key chain dan sewaktu dengannya.
Tapi zaman sekarang, agaknya anak-anak murid zaman teknologi ni beri hadiah apa ye selain yang biasa kita dengar? Berikut adalah 7 idea hadiah Hari Guru yang saya kumpul-kumpul bersama kawan-kawan seangkatan :
- Snek ringkas : Paling mudah ibu-ibu boleh buat kek cawan (cupcake) bersama anak-anak di rumah. Tak perlu kek yang besar dan eksklusif. Simple pun dah cukup. Coklat, kudapan kacang dan lain-lan snek pun boleh juga dijadikan hadiah untuk guru
- Alat Tulis : Hadiah yang praktikal untuk guru. Kalau bagai kertas nota lekat (stick-on-note) yang warna-warni tu pun ok. Bayangkan cikgu teringatkan wajah anak murid yang beri hadiah tu setiap kali nak guna kertas nota tu.
- Tudung/ Tali leher : Cikgu perempuan di Malaysia ni majoritinya bertudung. Percaya tak, hampir setiap hari mereka termenung fikir nak pakai tudung apa ke sekolah. Hehehe.. sehelai shawl RM10 buat mereka pun dah bermakna. Kalau bagi bawal Adijuma atau Hijab Neelofar lagilah senyum lebar. Cikgu lelaki boleh beri mereka tali leher atau sapu tangan.
- Baucer diskaun : Sekarang ni ada macam-macam cara nak dapatkan baucer diskaun. Kita boleh hadiahkan guru dengan baucer buku, baucer taman tema, baucer spa, baucer dinner dan lain-lain lagi. Tersenyum cikgu nanti, dapat-dapat pula baucer shopping Parkson dah nak dekat raya ni.
- Suplemen : Tahun ni boleh cuba kelainan dengan hadiahkan suplemen seperti vitamin yang sesuai dengan guru. Kalsium untuk cikgu dapatkan tidur lebih lena, relakskan saraf dan kurangkan sakit-sakit badan. B-Compleks untuk hadapi stress dan keletihan. Lecithin untuk makanan otak. Nak bagi minuman kolagen untuk cikgu bertambah cantik pun apa salahnya. Hehehe..
- CD atau MP3 : Mungkin cikgu anda suka dengar lagu, ceramah atau tonton cerita Korea untuk hilangkan penat dan stress balik dari sekolah. Boleh hadiahkan CD atau thumbdrive yang disimpan koleksi MP3 yang mungkin mereka gemari.
- Pewangi : Ada juga kawan-kawan bagi idea untuk hadiahkan pewangi kepada cikgu. Nak bagi minyak wangi, minyak atar, penyembur wangi untuk rumah, pewangi kereta atau pewangi pakaian pun boleh. Asalkan namanya pewangi. Tak semestinya minyak wangi... losyen, sabun, kertas wangi pun ok kan?
- Kiriman ucapan di media sosial : Jika cikgu tu aktif di WhatsApp, Instagram, FB atau Twitter... boleh juga kirimkan ucapan di laman sosial mereka. Sekarang ni boleh hantar e-card, rakam suara ke video ucapan dan banyak lagi. Buat Dubmash dedikasi di IG cikgu pun comel juga..
Tapi sebenarnya, jika tanya cikgu-cikgu kita... mereka tak harapkan hadiah pun sebenarnya. Jika kita tawarkan pertolongan untuk angkat buku, bersihkan bilik guru dan berkelakuan baik pun dah bermakna buat mereka. Paling baik, hadiahkan doa buat guru-guru kita tanpa mengira waktu. Selamat hari guru.
Hidup memberi lebih bererti,
ZETI HAFIZA
+6019 936 6681
No comments:
Post a Comment