- Basuh kereta
- Basuh lumut pada lantai
- Bersihkan dapur berminyak lepas masak
- Bersihkan dashboard kereta
- Bersihkan display telefon pintar
- Bersihkan display monitor laptop
- Buang kesan chemical kat meja makmal
- Buang karat besi alat makmal
- Hilangkan kesan tapak tangan pada cermin
- Hilangkan contengan crayon di lantai
- Hilangkan contengan marker permanent di lantai
- Hilangkan dakwat pen kat baju
- Kilatkan sinki
- Kilatkan beg tangan kulit
- Lap tingkap kaca
- Lap meja makan melekit
- Lap perabut berhabuk
- Mop lantai
- Spray bunuh nyamuk
- Spray bunuh semut
- Spray bunuh cicak
- Spray bunuh lipas
- Sental kotoran degil toilet bowl
- ......
- ......
- ...... dan bermacam lagi kegunaannya tanpa mencemari alam sekitar kerana ia adalah semulajadi dan selamat digunakan!!
Pages
▼
Pelbagai kegunaan Basic H yang pernah dicuba
Tiga jenis teh popular untuk redakan sakit kepala
Semalaman saya sakit kepala. Tak pasti kenapa, entah angin ke.. perubahan hormon ke.. atau terkena hujan semalam. Selalunya saya ambil B Complex dan OsteMatrix (Kalsium-Magnesium) bagi menggantikan ubat tahan sakit. Maklumlah, dah sekian lama saya tinggalkan paracetamol, ponstan dan sewaktu dengannya tu. Tapi hari ni rasa tak berapa selera nak telan pil. Terasa nak minum air panas je.
Jadi, saya ke dapur bancuh teh. Rasa nak minum Cinch Energy Tea Mix sahaja sebab mudah nak sediakan. Teh ni tersedia dalam bentuk serbuk di dalam sachet kecil yang mudah di bawa ke mana sahaja. Tuangkan sahaja serbuk tersebut dalam secawan air panas atau sejuk, kacau dan sedia untuk diminum! Formula teh ni tak bergula, saya cuma tambah satu sudu kecil madu menggantikan gula.
Hanya beberapa minit selepas minum teh, terasa sakit kepala berkurangan. Saya terkejut juga sebab tak pernah mengalaminya sebelum ni. Cepat je tangan ni tanya pakcik Google tentang teh dan sakit kepala. Rupanya memang sesetengah teh herba membantu melegakan sakit kepala kerana kesan antioksidan dan antiradang teh tu sendiri. Ada banyak jenis teh yang boleh membantu. Tiga di antaranya yang pernah saya cuba :
Hanya beberapa minit selepas minum teh, terasa sakit kepala berkurangan. Saya terkejut juga sebab tak pernah mengalaminya sebelum ni. Cepat je tangan ni tanya pakcik Google tentang teh dan sakit kepala. Rupanya memang sesetengah teh herba membantu melegakan sakit kepala kerana kesan antioksidan dan antiradang teh tu sendiri. Ada banyak jenis teh yang boleh membantu. Tiga di antaranya yang pernah saya cuba :
1. Teh Hijau - teh jenis ni memang popular dengan kesan antioksidan yang kuat. Ada sumber kata, teh hijau bagus untuk detox, kuruskan badan dan anti pelbagai penyakit.
2. Teh Halia - Salah satu kegemaran saya. Halia memang digunakan secara tradisonal untuk buang angin dalam badan. Mungkin kerana adakala sakit kepala disebabkan angin yang naik ke kepala, teh halia membantu saya bila angin menyerang. Cuma masukkan beberapa hirisan halia dalam teh yang masih panas untuk sediakannya.
3. Teh Pudina - Kegemaran ibu saya! Di kampung, ada ditanam pokok pudina di dalam pasu. Memang mudah disediakan, hanya masukkan beberapa helai daun pudina dalam teh panas, biarkan sekejap dan sedia untuk minum! Pudina ni ada aroma yang melegakan sakit kepala bila dihidu dan rasa yang nyaman bila diminum.
Cara mudah dan segera nikmati teh herba.
Bagi saya yang sibuk bekerja dan selalu berada di luar, Cinch Energy Tea Mix pilihan yang tepat untuk saya nikmati teh herba di mana-mana sahaja. Ia diadun dari 4 jenis teh yang dikenali ramai - Teh Hijau, Teh Merah, Teh Matcha dan Teh Putih
Teh Halia dan Pudina pun mudah disediakan dengan Peppermint-Ginger Plus (PGP) yang selalu saya bawa dalam beg tangan. Hanya order teh O, masukkan 1-2 tablet PGP dan... SIAP!
Jom cuba remedi ni... say NO tu painkillers drugs!
Hubungi saya untuk pertanyaan :
Zeti Hafiza
+60199366681
+60199366681