Air mudah tercemar semasa banjir dan bencana
Musim cuaca tak menentu, hujan dan banjir ni sepatutnya kita lebih berhati-hati memilih dan menyediakan makanan. Makanan dan air mudah tercemar ketika ini. Pastikan air minuman di tapis dan dimasak sepenuhnya. Ibu-ibu sebaiknya menyediakan makanan di rumah, elakkan 'tapau' kecuali tahap kebersihan makanan tu diyakini selamat. Bakteria dan virus tersebar melalui air dan aktif pada suhu tertentu.
Cirit birit dan perut berangin
Entah mana silapnya, kami suami isteri diserang sakit perut dan cirit birit semalam. Mujur ada lebih dari satu tandas, kalau tidak boleh jadi 'bergaduh' berebut turn. Sakitnya melarat hingga badan jadi lemah dan sakit-sakit. Edisi Siasat Khas kami menghasilkan teori, kami tersalah makan semasa pulang outstation dari Terengganu. Masa tu banjir belum reda, cuma laluan balik dah dibuka. Kami singgah makan di salah satu R & R dalam berjalanan dari KT ke KL. Tapi itu cuma teori, tak dapat dibuktikan. Apa yang kami belajar, sebaiknya kena hati-hati memilih makanan semasa musim bencana ni.
Legakan perut tidak selesa dengan cepat
Secara peribadi, saya gemar mengambil Peppermint-Ginger Plus (PGP) bila perut tidak selesa dan berangin. Masa alahan mengandung dulu, memang PGP melegakan dan membantu. Begitu juga saat perut meragam seperti semalam. PGP ini saya gemar ambil di waktu pagi selepas makan. Mengurangkan rasa sebu dan angin. Ada kala saya cuma masukkan sebiji dalam air teh panas untuk dapatkan rasa teh peppermint halia yang sedap dan mempunyai kesan aromaterapi.
Ganti air yang hilang dengan cepat
Kunjungan 'berterusan' ke tandas ketika cirit birit menyebabkan kita terhidrasi dengan mudah. Badan akan lemah, sakit kepala, dahaga dan tidak bertenaga apabila air kurang dalam badan. Begitu juga kalau kita mabuk perjalanan dan hamil. Sesetengah orang akan muntah berterusan hingga mengalami masalah dehidrasi. Performance Drink (PD) Orange Flavour ni jadi kawan baik saya di saat-saat ni. Sangat best sebab mudah disediakan dan rasa semulajadi oren tanpa pemanis sintetik. Kebaikan PD ni, dapat membantu hidrasi cepat. Hidangan PD ini adalah alternatif yang sihat menggantikan minuman isotonik @ minuman tenaga komersial yang rata-rata mengandungi paras gula yang tinggi dan bikarbonat.
Sakit/ musibah sebagai kifarah dan penghapus dosa
Apa pun, saya bersyukur dengan rasa sakit yang singgah. Bila terbaring kesakitan, akan lebih banyak berfikir tentang dosa pahala dan mati. Sambil tu dapat juga mengingati rakyat Malaysia yang terlibat dengan Banjir Pantai Timur Disember 2013. Semoga diberi kesabaran dan ganjaran pahala kepada mereka, didatangkan bantuan dari segenap penjuru.
Alhamdulillah, kesakitan saya yang sedikit ni beransur reda. Harap dapat kembali bekerja seperti biasa.
No comments:
Post a Comment