Pages

Orang yang kurang berat badan @ terlalu kurus senang dapat sakit/ penyakit!

Selalu orang risau pasal berat badan berlebihan kan? Tapi.. baru-baru ni saya baca artikel dari http://www.dailymail.co.uk  mengenai masalah berat badan yang kurang. Berat badan yang tidak normal iaitu di bawah berat badan ideal (BMI < 18.5) sebenarnya akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang serius seperti : 

1. Keguguran dan masalah kehamilan (bagi ibu mengandung) : Kajian ke atas 603 wanita yang underweight menunjukkan, 72% berisiko mengalami keguguran janin semasa trimester pertama. Satu lagi kajian ke atas 943,000 wanita di Sweeden menunjukkan wanita yang terlalu kurus mempunyai risiko alahan mengandung yang teruk semasa mengandung. 

2. Masalah kesuburan lelaki : Penyelidik Denmark pula mendapati terdapat kaitan di antara berat badan lelaki dengan kualiti dan kuantiti sperma. Jika berat badan kurang, kuantiti sperma adalah 33% lebih rendah dari mereka yang mempunyai berat badan normal. 

3. Masalah paru-paru : Wanita yang terlalu kurus mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah paru-paru seperti pneumonia, bronchitis dan asthma apabila usia bertambah. Penyelidik juga mendapati, wanita yang underweight mempunyai kesukaran dengan hormon pertumbuhan yang dipanggil "growth-factor". Ia menyebabkan kesihatan tisu pada paru-paru sukar untuk dikekalkan. 

4. Kemalangan : The American Journal of Public Health menunjukkan satu kajian oleh Wisconsin Medical College ke atas 22,000 orang, lelaki yang underweight mempunyai risiko tinggi untuk mati akibat kemalangan, berbanding lelaki yang mempunyai berat badan normal/ berlebihan 

5. Tulang rapuh : Kajian menunjukkan lebih kurus seseorang wanita itu, lebih rendah kepadatan tulang mereka. Kajian ke atas 3,383 wanita underweight yang berusia menunjukkan, mereka lebih mudah mendapat keretakan tulang pinggul. 

6. Arthritis : Kajian The Mayo Clinic mendapati, orang yang kurus dan underweight mempunyai lebih kesukaran jika menghidapi arthritis. Apabila arthritis berlaku, keradangan berlebihan boleh berlaku tiga kali ganda lebih di seluruh badan.

7. Penyakit jantung : Penyelidikan mengkaji genetik 75,000 orang yang mempunyai gen kurus IRS1 mendapati mereka lebih mudah mempunyai paras lemak yang tinggi di dalam darah. Ia meningkatkan risiko penyakit jantung. Penyelidik memberi amaran, "Lemak yang disimpan di dalam badan adalah lebih berbahaya dari lemak yang tersimpan di bawah kulit" 

8. Diabetes : Individu dengan gen kurus IRS1 juga adalah berisiko tinggi mendapat diabetes type 2 sebanyak 20% lebih tinggi. 

9. Kanser payudara : The Karolinska Institute di Stockholm, Sweden menjalankan kajian ke atas 6,000 wanita. Mereka mendapati wanita Sweeden yang mempunyai berat yang lebih tinggi semasa muda mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap kanser payudara ketika menopause. Walaubagaimanapun, berat berlebihan semasa berusia pula meningkatkan risiko kanser payudara hingga menyebabkan kematian. 

10. Tekanan : Kajian di Sweden mendapati lelaki kurus atau underweight adalah lebih mudah mengambil keputusan membunuh diri. Mereka yang underweight mempunyai 12% lebih risiko. Mereka yang overweight pula mempunyai 12% kurang risiko membunuh diri

Nak info mengenai cara yang selamat tambah berat badan?

Hubungi saya!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120 +6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

No comments:

Post a Comment