Pages

Cara beli produk Shaklee dengam lebih murah dan jimat

Harga produk Shaklee mahal? 


Ada yang kata produk Shaklee ni mahal. Ada juga yang kata murah. Mahal atau murah sebenarnya tidak boleh diukur dari jumlah wang semata-mata. Nilai bagi duit yang dikeluarkan mesti sepadan dengan kualiti dan manfaat dari setiap pembelian. Secara peribadi, saya berpendapat produk Shaklee ni tak MAHAL seperti didakwa. Boleh baca di sini mengenai pendapat saya berkenaan isu ni. Apa pun, zaman sekarang ni susah nak jumpa harga barang yang murah kecuali ianya barang terpakai ataupun barang yang rendah kualitinya. Nasi lemak sebungkus pun susah nak jumpa harga di bawah RM1.00 (ke memang dah takde). Dulu, nasi lemak RM 1 ni penuh dengan kacang, bilis, timun, telur dan ikan masin. Sekarang mungkin sambal dan nasi sahaja. Harga minyak setiap tahun naik (ke setiap beberapa bulan?). Syukur, selama dua tahun mengenali Shaklee ni belum ada sekalipun harga produk naik walaupun 1 sen. Tak seperti produk MLM lain yang saban tahun kedengaran berita peningkatan harga.  

Macam mana nak beli produk Shaklee pada harga murah?


Kawan-kawan dan kenalan pernah tanya, cara nak beli produk Shaklee pada harga murah? Betul, ramai yang berminat nak cuba produk Shaklee tapi masih berkira-kira bila dapat tahu harganya. Maklumlah, belum pernah mencuba. Bila dengar harga bagi sebotol VitaLea Iron Formula (Multivitamin) adalah RM88.75, nampak mahal kan? Tapi kandungannya 120 biji, menjadikan harga sebiji mutivitamin adalah RM0.74 bersamaan RM1.48 sehari (Saiz hidangan : 2 biji sehari) atau RM44.38 sebulan.

Masih rasa mahal? Baiklah, kalau begitu eloklah anda cuba mana-mana langkah di bawah bagi mendapatkan harga produk Shaklee yang lebih murah atau dengan cara yang lebih jimat : 
  1. Daftar sebagai ahli :  Setelah berdaftar sebagai ahli, anda akan dapat membeli rangkaian produk Shaklee pada harga yang lebih murah. Penjimatan adalah sebanyak 5-20% bagi ahli, bergantung kepada jenis produk. Bagaimana nak jadi ahli, boleh klik di sini
  2. Beli produk promosi :  Buat masa ini, Shaklee ada menawarkan produk promosi pada setiap bulan. Anda tidak akan mendapat harga diskaun bagi seunit produk, sebaliknya satu unit diberi secara percma bagi setiap 6 unit yang dibeli. Pendek kata, BUY 6 FREE 1. Contoh promosi September 2013 adalah CoQ Health Plus. Anda boleh kongsi beli dengan 6 orang rakan/ ahli keluarga lain atau beli 6 botol untuk kegunaan sendiri dan dapat percuma 1 botol : 

Setakat ini, dua cara sahaja yang saya yakin dapat anda mendapatkan produk Shaklee dengan harga lebih jimat. Jika ada cara lain, saya akan update entry ni kemudian ye. Jika berminat nak cuba cara 1 atau 2 atau 3 (jeng jeng jeng?) sila hubungi saya untuk bantu anda! Selamat menSHAKLEEkan diri masing-masing ye...


Your Shaklee Independent Distributor : 

ZETI HAFIZA ZAKARIA
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

No comments:

Post a Comment