Pages

Cara Mengetahui Masa Subur Wanita

MERANCANG KEHAMILAN


Mungkin ramai yang masih menanti-nanti kehadiran cahaya mata penyeri rumahtangga, pengikat kasih antara anda dan pasangan yang dikasihi. Tapi tahu tak, salah satu sebab yang menyebabkan rancangan untuk hamil tidak berjaya atau tidak mengikut perancangan adalah disebabkan ramai wanita tidak memahami kitar haid mereka, tidak tahu tanda-tanda sedang subur dan tidak mengetahui waktu subur mereka. Ya, sememangnya rezeki untuk dikurniakan anak ni ditentukan oleh Allah. Walaubagaimanapun, dengan memahami kitaran haid dan waktu subur ni, boleh meningkatkan lagi peluang untuk mengandung. Insya Allah, ia juga sebagai salah satu usaha untuk ikhtiar anda mendapatkan zuriat. 

KITARAN HAID SECARA UMUM


Secara umum, wanita mula didatangi haid pertama ketika berumur sekitar 8 hingga 16 tahun. Haid ini akan didatangi setiap 21 hingga 35 hari (atau mungkin berbeza) di sepanjang hayat mereka sehingga tiba waktu putus haid yang dipanggil menopause. Kebanyakan wanita putus haid di sekitar usia 45 hingga 55 tahun. 

Panjang atau pendek kitaran haid ini berbeza di antara setiap individu. Ia dipengaruhi oleh banyak faktor seperti paras hormon, keturunan, tahap kesihatan, umur dan sebagainya. Walaubagaimanapun, setiap kitaran haid wanita terdiri dari tiga peringkat utama iaitu :
  1. FASA HAID : fasa di mana berlaku pendarahan haid selama 3 hingga 7 hari (purata). Secara normal, haid menunjukkan seseorang wanita yang subur itu tidak mengandung
  2. FASA PRA OVULASI : ketika ini hormon penggalak folikel bertambah di ovari (kilang telur). Folikel kemudian merembes estrogen yang akan menyebabkan lapisan dinding rahim yang baru (endometrium) terbentuk. Telur di dalam ovari mulai matang. Lendiran pangkal rahim juga akan terbentuk menunjukkan permulaan waktu kesuburan
  3. FASA OVULASI : Telur yang hampir matang akan mencetus pembebasan hormon peluteinan. Pada masa yang sama dinding folikel akan lemah menyebabkan telur (ovum) dilepaskan dari ovari dan memasuki tiub fallopio. Sekiranya terdapat sperma di dalam rahim pada ketika ini, persenyawaan mungkin berlaku. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan terus terlerai sedikit demi sedikit.
  4. FASA PRA HAID : Folikel yang telah luput tadi akan membentuk pepejal (corpus luteum) yang akan merembeskan hormon progesteron.  Jika telur berjaya disenyawakan, ia akan bergerak ke rahim untuk penempelan. Progesteron berperanan menyediakan rahim untuk proses kehamilan ini. Sebaliknya jika kehamilan tidak berlaku, corpus luteum akan mati dan hormon progesteron menurun. Sistem reproduksi wanita akan mula bersedia untuk kitaran haid seterusnya.Lapisan tisu rahim (endometrium) akan mula terlerai dan pendarahan haid berlaku

CARA MENGETAHUI WAKTU SUBUR


  1. Pengiraan mengikut kitaran haid : sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tetap, secara saintifiknya anda boleh menganggarkan waktu subur dengan membuat pengiraan mudah. Katakan kitaran haid anda adalah selama 30 hari, anggaran waktu subur anda adalah dengan mengira 12 hingga 16 hari ke belakang. Ini bermakna anda mungkin subur pada hari ke 14 (30 tolak16) hingga hari ke 18 (30 tolak 12). Pada tempoh ini saintis mepercayai bahawa anda berada dalam tempoh yang hampir dengan ovulasi (pembebasan telur dari kilangnya). 
  2. Rembesan mukus pangkal rahim melalui vagina : Cara ini adalah antara cara yang mudah bagi mengetahui waktu subur anda. Secara umumnya, cecair pangkal rahim yang dihasilkan di sepanjang kitaran haid adalah berubah-ubah dari segi kuantiti dan teksturnya. Ketika menghampiri waktu subur, rembesan vagina akan bertukar dari warna krim kepada jernih seperti putih telur. Cairan ini boleh dijalurkan, basah dan dalam kuantiti yang agak banyak dari biasa. Rembesan mukus ini akan kembali kepada asal dan mengering selepas ovulasi.
  3. Pemantauan suhu badan : Anda juga boleh mencatatkan suhu badan anda setiap hari dan membuat plot pada carta (graf). Suhu badan yang dimaksudkan adalah suhu badan basal (awal) yang diambil sebaik sahaja anda bangun tidur (sebelum anda meninggalkan katil). Gunakan termometer khas untuk suhu badan basal atau termometer digital yang mempunyai beberapa titik perpuluhan. Sekiranya anda mendapati suhu badan naik secara tiba-tiba sebanyak lebih kurang 10 darjah farenheit, kemungkinan besar anda baru sahaja melalui proses ovulasi. 
  4. Kedudukan pangkal rahim : Cara ini memerlukan pemerhatian yang berterusan terhadap kedudukan pangkal rahim. Pemeriksaan sendiri dilakukan setiap hari (pada waktu yang sama) dengan memasukkan jari yang bersih ke dalam vagina ketika mencangkung. Sebelum waktu subur, pangkal rahim lebih hampir ke bawah (mudah disentuh), akan terasa kering dan padat (seperti menyentuh hidung) dan laluannya agak tertutup. Sebaliknya ketika waktu subur,  pangkal rahim agak tinggi (sukar disentuh), agak lembut (seperti menyentuh bibir) dan lembap dengan laluan yang agak terbuka.
  5. Pemeriksaan urin dan darah : Kaedah paling mudah (tetapi tidak murah) untuk mengetahui waktu subur adalah dengan menggunak alat ujian kesuburan yang boleh didapati di farmasi dengan mudah. Sampel air kencing digunakan untuk ujian ovulasi sendiri di rumah. Sampel darah juga boleh digunakan untuk memantau paras hormon yang menunjukkan ovulasi berlaku. Walaubagaimanapun ujian darah hanya boleh dilakukan di makmal-makmal patologi yang menyediakan perkhidmatan ini.

CARA MENINGKATKAN PELUANG HAMIL DENGAN MENGETAHUI WAKTU SUBUR


Perkara asas yang perlu anda ketahui ialah, telur wanita (ovum) yang dilepaskan semasa ovulasi hanya hidup selama 12 hingga 24 jam sahaja. Sebaliknya  benih lelaki (sperma) boleh hidup sehingga 6 hari di dalam rahim wanita sekiranya keadaannya normal. Sebanyak kira-kira 100 juta sperma dilepaskan setiap kali ejakulasi berlaku tetapi dianggarkan hanya 200 darinya yang akan terus hidup hingga ke tiub fallopio wanita. Kekerapan berejakulasi pula akan menyebabkan bilangan sperma dalam setiap milimiter air mani berkurangan. Ini bermakna, kekerapan melakukan hubungan kelamin tidak menjamin peningkatan peluang untuk hamil. Tetapi mengetahui waktu yang tepat akan meningkatkan kebarangkalian pertemuan di antara telur wanita dan benih lelaki, seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil. Tanpa mengambil kira faktor lain yang mempengaruhi kesuburan, berikut adalah beberapa cara meningkatkan peluang hamil selepas anda mengetahui waktu subur anda :

Sebaik sahaja anda dapat 'trend' waktu subur setiap bulan, anda boleh menjangkakan bilakah waktu subur setiap bulan. Sesetengah pakar reproduktif mencadangkan supaya hubungan seks dilakukan bermula beberapa hari sebelum waktu subur sehingga tiba pendarahan haid seterusnya. Elakkan stress dan tekanan di dalam tempoh anda berusaha untuk hamil ini. Jaga kesihatan dan pemakanan selain mengamalkan tips-tips di sini dan amalan kerohanian yang dapat membantu meningkatkan peluang untuk hamil seperti ini.

Selamat mencuba!
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan! 
ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

1 comment:

  1. Salam akak..sy nk tahu haid sy 17-21 jun...so tarikh sy subur adlah 29jun0- 5julai??
    adalh 6 hari nie shaja waktu yg berpeluang nk hamil??

    bagaimana dgn minggu sebelum haid??
    thank you akak...

    ReplyDelete