Pages

FAQ : Soalan yang selalu ditanya mengenai VIVIX


Vivix antara produk terkini yang dihasilkan Shaklee berdasarkan penyelidikan saintifik yang dilakukan selama bertahun-tahun. Berikut adalah soalan yang selalu ditanya (Frequently Asked Question, FAQ) mengenai VIVIX :


Q : Apa itu Vivix

A : Vivix adalah campuran polifenol dengan paten tertunda yang kuat dan eksklusif dari bahan-bahan botanikal yang terbukti di dalam makmal mampu memberi kesan positif terhadap empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk meningkatkan ketahanan sel, tenaga sel, pembaikan sel dan prestasi sel*

Q : Apa bahan-bahan dalam Vivix

A : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal*

Q : Apa yang menjadikan anggur Muscadine berbeza daripada anggur lain?

A : Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, paling mujarab, dengan profil unik polifenol yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine dibanggakan dengan keunggulan kepekatan ellagitannins dan asid ellagic yang apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine lain, akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa yang besar. * Anggur Muscadine juga boleh hidup di dalam persekitaran yang mencabar kerana profil fenoliknya menyediakan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, lembapan lebihan, dan suhu keterlaluan, manakala anggur lain adalah lebih lemah dalam persekitaran sebegitu.

Q : Apakah polifenol?

A : Polifenol adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan fitonutrien yang mempunyai faedah antioksidan dan berpotensi memberi kesan dalam perlindungan terhadap penuaan selular. Malah, kajian menunjukkan bahawa polifenol mungkin menimbulkan pelbagai kesan biologi sekaligus memberi ketahanan dan penambahbaikan terhadap tahap kesihatan manusia *


Q : Apakah resveratrol?

A : Resveratrol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan, biji benih, dan buah-buahan, termasuk anggur dan produk dari anggur seperti wain merah. Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh melambatkan penuaan selular dan boleh mengaktifkan pengawalselia genetik jangka hayat selular yang lebih panjang, yang mungkin mempunyai kesan positif terhadap DNA, kesihatan selular, dan kadar metabolisme *

Q : Berapa banyak resveratrol tersedia dalam Vivix?

A : Vivix menyediakan 100 mg resveratrol setiap hidangan. Ekstrak resveratrol mempunyai kandungan resveratrol semula jadi sebanyak 98%, dan jumlah resveratrol dalam Vivix adalah berpandukan oleh kajian saintifik terbaru yang dijalankan. Vivix adalah menjangkaui resveratrol kerana ia menggabungkan campuran polifenol tambahan yang diperolehi dari anggur muscadine. Kajian makmal mendapati bahawa campuran yang masih menunggu kelulusan paten ini adalah 10 kali lebih berkuasa daripada resveratrol*

Q : Adakah Vivix produk antioksidan?

A : Vivix mempunyai bahan-bahan polifenol yang telah terbukti dalam makmal memberi kesan positif terhadap empat kunci mekanisme penuaan selular. Oleh itu, ia sebenarnya lebih dari menyediakan sokongan antioksidan*

Q : Bila waktu yang sesuai untuk ambil Vivix?

A : Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum.

Q : Boleh ke ambil lebih dari satu sudu teh sehari?

A : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal*

Q : Bolehkah Vivix diambil bersama makanan tambahan Shaklee yang lain?

A : Vivix boleh diambil bersama semua rangkaian produk makanan tambahan Shaklee. Malahan digalakkan ambil bersama sesetengah produk seperti Nutriferon dan Cinch Shake sebagai pelengkap harian yang sangat baik kepada pilihan gaya hidup sihat. 

Q : Adakah terdapat sebarang langkah berjaga-jaga dengan Vivix?

A : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional.

* Kenyataan-kenyataan ini belum dinilai oleh mana-mana badan professional berkaitan pemakanan dan ubatan. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut :

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
bigsmilezone@gmail.com
FB : BigSmileZone

Vitamin untuk Alahan Mengandung @ Morning Sickness

Picture source:  Google 
Bila disahkan mengandung, memang tak dapat nak digambarkan kegembiraan seorang bakal ibu. Cuma yang mungkin menghantui ibu-ibu ni ialah morning sickness atau mabuk ketika mengandung yang kadang-kadang  tak sanggup dihadapi saban hari. Saya sendiri memang mabuk teruk setiap kali mengandung dan biasanya mabuk yang teruk tu akan berlarutan hingga hampir 20 minggu. Tak boleh lupa pengalaman manis mabuk ni, saya alah pada bauan wangi dan bau tumisan masakan. Tak semena-mena semua bahan kat rumah tu ditukar kepada fragrance-free termasuk sabun, syampu, pencuci dan sebagainya. Minyak suamilah musuh ketat saya selama 4 bulan tu. Masak memang jarang-jarang sekali, jika saya ke dapur pun, masakan rebus-rebus jelah nampaknya...

Vitamin untuk Alahan Mengandung @ Morning Sickness


Kajian menunjukkan pengambilan vitamin B 6 (pyridoxine) boleh membantu dalam menangani masalah morning sickness ketika mengandung. Bukan itu sahaja, jika anda juga kaki mabuk di dalam kenderaan (heheheh) atau mabuk perjalanan (termasuk mabuk laut) pengambilan vitamin B 6 juga dapat mengurangkan masalah tersebut.

Dicadangkan, anda ambil pyridoxine pada dos tidak kurang 40 mg pada awal pagi bagi ibu mengandung @ sejam sebelum perjalanan bagi mabuk kenderaan untuk dapatkan kesan terbaik. Jika mabuk tidak berkurang dalam tempoh beberapa jam, ulang dos tersebut setiap 4 jam.

(source: Vitamins That Heal by H.K. Bakhru)

Makanan semulajadi yang kaya dengan Pyridoxine (vitamin B6)


Berikut adalah di antara makanan yang kaya dengan pyridoxine :
  1. Ubi Kentang
  2. Pisang
  3. Kekacang
  4. Daging merah
  5. Produk tenusu
  6. Telur
  7. Bayam
  8. Bijirin

Bagaimana Vitamin Shaklee boleh membantu morning sickness?


B-Complex Shaklee didatangkan dalam saiz 120 biji dalam setiap botol, mengandungi 67.5mg pyridoxine dalam setiap tablet. Pengambilan yang dicadangkan adalah dua biji sehari tetapi pengambilan sebiji tablet di awal pagi mungkin akan dapat meredakan masalah morning sickness. Produk ini sangat sesuai dimiliki oleh setiap keluarga kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan ibu mengandung, ia adalah nutrien asas yang diperlukan oleh semua orang!

Kenapa B Complex SHAKLEE berbeza dengan jenama lain ?


~ Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh pada kadar yang seimbang. Tidak semua tablet B Complex yang dijual di luar sana mengandungi kellapan-lapan jenis vitamin B ini dengan kadaran yang sepatutnya.
~ Mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif yang dipatenkan bagi meningkatkan penyerapan nutrien penting seperti asid folik . Ia sangat membantu tubuh kita menyerap nutrien lain seperti asid folik dari makanan kita.

Mahu tahu lebih lanjut @ membuat pesanan? Hubungi saya...

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
bigsmilezone@gmail.com






DETOX : Kepentingan dan cara buang toksin dalam badan?

Kredit picture to  http://www.tuberose.com
Pernah dengar tak pasal DETOX? Ramai menyebut-nyebut pasal DETOX atau dalam bahasa kita dipanggil NYAHTOKSIN. Apa sebenarnya detox ni ye?

Secara normal, hari-hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal

Dari mana datang toksin?


Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :
  • UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
  • MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi  sisa racun,  bahan kimia dan sebagainya. 
  • UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan. 
  • RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
  • MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
  • DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia

Tanda-tanda anda perlu DETOX


  • Masalah penghadaman
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Jerawat
  • Penuaan pra-matang
  • Letih
  • Berat badan berlebihan
  • Insomnia

Cara & Langkah-langkah DETOX 


Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :
  1. PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
  2. DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke,  cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
  3. DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
  4. DETOX melalui kulit -  minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
  5. MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin  dan menggunakan sistem penapis air yang baik

Detox dengan SHAKLEE!


Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda : 
  • Vivix
  • Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segla Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.
  • DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu  biji benih milk thistle,  kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati 
  • Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh
  • Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva),  kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit
  • Peppermint-Ginger Plus 

Bila waktu terbaik detox?


Sebenarnya kita boleh melakukan detox pada bila-bila masa. Badan kita bukan kereta yang perlu ada jadual penyelenggaraan. Cuma yang penting, bila badan rasa tidak selesa, dan timbul simptom-simptom seperti sakit kepala, berat badan berlebihan, tidak hadam, keletihan, sukar tidur dan jerawat - mungkin kita perlukan detox. Pakar nutrisi mencadangkan supaya seorang individu dewasa melakukan detox menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi, sebaiknya anda lakukan mengikut keperluan.

Menurut Dr. Juliet Tien, pakar dalam bidang ini - jika anda jarang-jarang melakukan proses detoksifikasi, disarankan anda melakukanny selepas musim perayaan kerana pada masa inilah anda akan mengambil makanan yang berpotensi mentoksikkan badan dalam jangka masa pendek dan panjang. Makanan manis, berlemak, berminyak, makanan tersedia yang mungkin dicemari yis dan parasit banyak dihidangkan di rumah terbuka dan jamuan-jamuan.

Jangan tunggu lagi, jom detox sekarang!

*Pertanyaan dan pesanan, hubungi saya!

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.