Assalamualaikum... Salam sejahtera!
Kali ni saya nak sambung pengalaman bersalin anak ke empat baru-baru ni. Jika tertinggal kisah PART 1, jemput baca dulu di sini ye untuk panaskan badan.
False Alarm
Dalam tempoh seminggu sebelum bersalin, saya lalui dua kali FALSE ALARM. Mula-mula ingatkan setakat Braxton Hicks saja. Bila saya rekod masa kontraksi guna aplikasi "Contraction Timer" (download di telefon).. memang corak kontraksi konsisten. 24 jam sakit, esoknya hilang begitu sahaja. Kebetulan masa false alarm kedua tu saya ada appointment di klinik. Doktor yang periksa pun sahkan, memang kontraksi dah berlaku. Cuma jarak 10 minit setiap kontraksi tu masih jauh dan belum kuat. Doktor pesan, terus ke hospital bila jarak kontraksi makin dekat atau ada keluar tanda darah/ pecah ketuban. Saya sendiri tak rasa sakit. Macam gesa ringan je. Kalau 10 tu paling sakit, tahap kesakitan mungkin tak sampai 1 pun. Kemudian sakit tu hilang begitu sahaja keesokannya.
2 hari yang panjang
Selama dua hari, saya tak rasa sakit langsung. Cuma semakin penat bila bergerak. Rasa macam panjang je masa menunggu bersalin kali ni. Saya cuba kekal aktif dan amalkan petua-petua yang saya tahu untuk mudahkan bersalin. Nanti saya kongsi tips mudah bersalin pula dalam post akan datang. Insya Allah.
Paling penting, dalam tempoh menunggu hari ni, saya sibukkan diri dengan persiapan dari segi mental dan rohani juga. Bersalin kali ni saya berazam nak ikut pendekatan gentle birth walaupun saya memilih untuk bersalin di hospital kerajaan yang menjalankan prosedur bersalin biasa.
Akhirnya... saya nak bersalin!
Bawah ni saya tulis kronologi bersalin kali ni mengikut tarikh dan masa yang saya ingat.
Selasa, 17 Mac 2015
Sepanjang hari saya sibuk mengemas rumah sebab ada ahli keluarga nak datang bermalam. Suami pergi ke pejabat, anak-anak saya hantar ke sekolah & rumah pengasuh seperti biasa. Suami banyak kali pesan seperti hari-hari sebelum, jangan buat kerja berat. Terus call ahli keluarga terdekat bila datang rasa sakit.
Bertuah la saya kalau dapat duduk diam. Memang naluri mengemas datang membuak-buak. Terfikir juga, adakah ini nesting instinct seperti bersalin seperti anak-anak sebelum ni? Tapi saya abaikan sahaja sebab memang tak rasa sakit langsung. Sempat saya basuh 3 buah tandas, vacuum dan mop tingkat atas dan bawah, kemas SOHO dan bilik berpantang cantik-cantik. Kemudian saya seterika baju, memasak dan uruskan pakaian (basuh, sidai & lipat).
Petang bila suami dan anak-anak balik, saya sempat uruskan makan malam sekejap sebelum minta izin untuk tidur awal. Saya rasa terlalu letih. Kaki dan pinggang terasa sakit dan lenguh-lenguh. Letak je kepala di bantal, terus saya tertidur selena-lenanya walaupun baru jam 9 malam. Rupanya saya tidur awal dan lena sebab nak bersalin keesokan harinya.
No comments:
Post a Comment