Ibu Mengandung yang tak minum susu akan lahirkan anak yang bantut?

Susu ibu mengandung


Kalau pergi ke pasar raya atau kedai runcit keperluan harian, biasa tak jumpa susu untuk ibu mengandung? Macam best kan jadi ibu ni, siap ada susu khas untuk ibu mengandung dan menyusu. Susu untuk bapa 'mengandung' takde pulak ye.. hehehe. Jangan marah ye bapak-bapak 'mengandung'!

Secara peribadi, saya bukanlah penggemar tegar mahupun anti kepada susu. Kiranya bukan hari-hari saya minum susu, sesekali kalau ada susu segar tu memang saya boleh tolong habiskan. Masa mengandung pun macam tulah saya, tak de la minum susu hari-hari. Ikut suka je minum bila rasa nak minum. Bila disahkan mengandung  anak sulung bersemangat waja membeli susu khas untuk ibu mengandung. Rupanya bukan mudah nak telan susu tepung masa awal-awal mengandung. Tekak cepat je kembang bila morning sickness melanda. Kebetulan pula bila checkup prenatal, staff nurse menakut-nakutkan pula dengan cerita minum susu khas ibu mengandung ni nanti anak yang lahir tu besar sebab kandungan gula tinggi dalam susu tu. Sudahnya, tak habis pun susu saya beli tu sampai selamat bersalin.

Anak kedua dan ketiga saya lebih gemarkan susu segar. Memang tak heran la dengan susu tepung. Bila muak dengan rasa susu yang plain, saya akan buat milkshake macam resepi di sini. Sedap ko! sampai menjilat mug dibuatnya.

Anak bantut jika ibu tak minum susu masa mengandung?


Pernah dengar tak orang cakap camtu? Ada pulak kawan saya yang tengah mengandung tanya kelmarin. Punyalah dia risau.. sebab dia memang alergi susu sejak kecil. Betul ke anak yang dilahirkan akan terbantut tumbesaran jika ibu tidak minum susu masa mengandung? Jawapannya boleh jadi ye atau tidak - bergantung kepada tahap kesihatan dan cara pemakanan ibu. Sebab susu bukan isu sebenar. Sebaliknya masalah kekurangan kalsium pada ibu yang MUNGKIN akan mempengaruhi anak yang bakal lahir kelak. Kenapa?

Dalam buku "Vitamin That Heal - Natural Immunity For Better Health" karya H.K. Bakhru, ada ditulis mengenai kesan kekurangan kalsium. Salah satu yang dinyatakan adalah anak yang dilahirkan oleh ibu yang kekurangan kalsium secara umumnya akan juga menghadapi masalah kekurangan kalsium. Jika anak yang kekurangan kalsium tu juga mengalami kekurangan protein, vitamin dan mineral pada masa yang sama... memang akan berisiko terganggu tumbesaran atau bantut. Antara kesan kekurangan kalsium pada kanak-kanak adalah seperti :

Sumber gambar : www.utusan.com.my

  • tulang tidak kuat 
  • kurang selera makan
  • masalah penghadaman
  • cirit birit
  • gigi lambat tumbuh
  • leher kurus
  • kepala besar
  • imuniti lemah
  • masalah berkaitan pernafasan
  • jangkitan usus

Ha... serius kan? Macam tak percaya je kekurangan kalsium + kekurangan nutrisi ni akan menyebabkan macam-macam masalah kesihatan lain. So, ibu-ibu kena pastikan masa mengandung lagi dah ambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Jangan kerana kecuaian kita masa mengandung ni bagi kesan pada anak yang bakal lahir. Kalau tak minum susu, jangan risau. Banyak lagi makanan di dunia ni yang kaya dengan kalsium selain susu ye kawan-kawan. Bagaimana nak pastikan kita dapat 1,000mg kalsium sehari? Tunggu post saya seterusnya ye! 

* bantut : masalah tumbesaran yang tidak normal akibat daripada cara pengambilan nutrien yang tidak seimbang
 


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan!


ZETI HAFIZA ZAKARIA
+6019 936 6681
bigsmilezone@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...