KENAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN/ MAKANAN TAMBAHAN?

Flashback zaman sekolah

Saya ingat lagi ketika di sekolah rendah. Ayah selalu belikan suplemen untuk kami adik-beradik. Nak makan punyalah susah, tablet besar berwarna coklat dan berbau kuat menjadi mimpi ngeri kami. Tapi memang betul- betul saya tak ingat nama supleman tersebut. Dalam terpaksa, kami makan juga demi menjaga hati ayah.

Di sekolah menengah, saya sedikit selamat kerana tinggal di asrama. Saya masih ingat masalah saya yang suka tidur dalam kelas. Ayah belikan vitamin berwarna merah saga berbentuk bujur. Tapi sejujurnya saya tidak makan suplemen tersebut dengan berdisiplin. Ayah tak jemu belikan hinggalah saya tamat sekolah. Masalah mengantuk dalam kelas tak selesai juga.

Kemudian bila saya melangkah ke universiti, saya makin jauh dengan suplemen. Tinggal beratus kilometer dari ayah, balik kampung pun cuma sebulan sekali. Ayah tidak lagi belikan apa-apa supleman, mungkin dia fikir saya dah dewasa untuk membuat pilihan. Ya, saya telah membuat pilihan - tidak mengambil apa-apa suplemen.

Masalah mengantuk dalam kelas makin menjadi-jadi. Saya juga dapat resdung yang teruk agak ketika ini. Sakit kepala, bersin, jerawat dan keletihan macam dah jadi kebiasaan. Tapi saya biarkan je, sesekali saya jumpa doktor dan dapatkan apa sahaja ubat yang boleh mengurangkan ketidakselesaan yang dialami.

Dilema ibu beranak kecil

Sekarang saya dah berkeluarga. Dengan anak-anak masih kecil dan kerja yang agak sibuk, rutin harian saya sangat ketat. Aspek kesihatan sering diabaikan. Sehinggalah saya mengandung anak kedua dan kemudian melahirkan, saya sedar saya perlu berbuat sesuatu. Badan saya sangat lemah, selalu sakit-sakit sana-sini. Kaki mudah sahaja kejang dan kebas-kebas. Kepala selalu sakit berhari-hari. Kesian pada anak-anak yang masih kecil, mereka perlukan perhatian saya tetapi saya tidak mampu memberikan yang terbaik. Kenapa? Sebab saya asyik keletihan dan sakit..

Tak boleh jadi ni.. saya sebagai ibu, nadi keluarga - mesti sihat, cergas dan bertenaga. Sana sini saya cari info. Akhirnya saya yakin saya perlu ambil makanan tambahan (suplemen) untuk membantu.

Bagaimana suplemen membantu?

Di luar sana ramai lagi orang yang mengabaikan kesihatan. Anda mungkin salah seorang darinya. Suplemen salah satu cara untuk membantu anda. Kenapa ianya perlu?

Jawapannya mungkin di sini:
  • Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
  • Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
  • Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
  • Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa
  • Buah-buahan mungkin terjejas atau tercemar
  • Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
  • Kehilangan nutrien dalam makanan
Cuba renungkan... adakah kita amalkan gaya hidup sihat? Adakah pemakanan kita ideal, persekitaran tidak tercemar dan tidak terdedah kepada stress? Jika tidak, percayalah.. anda mungkin perlu ambil suplemen.

Sahabat Sihat,

< ZETI HAFIZA >


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...